Wednesday, November 5, 2014

Pengalaman Mengandung Sebagai Medical Student

Assalamualaikum wbt.

Tajuk asal post ni ialah "Pengalaman Mengandung Sebagai Seorang Pelajar". Tapi memandangkan medical student lain sikit dari pelajar lain, ubahlah sikit tajuknya.Kenapa lain? Sebab kami, meds ada 2 phase belajar, iaitu Basic Medical Science,selama 2 tahun-yang belajarnya agak tak banyak beza dengan studnt lain. Dengar lecture, present seminar, hantar assignment, etc. & phase ke-2, iaitu clinical phase selama 3 tahun-ni yang lain sikit dengan student lain. Kami tak dengar lecture dah. Tiap hari kena pergi wad, jumpa patient, dan kami belajar dari mereka! Our patients are our teachers.

Soalan yang mungkin orang akan tanya.. "Kenapa beranak masa student? Macamana nak belajar..Masa student ni lah kita enjoyy"

Jawapan saya.. Medical field ni lain sikit.Masa paling free dalam hidup mereka ialah masa student. sebab tu lah kebanyakan orang bujang akan berjalan-jalan satu dunia masa student ni. Saya ni seorang risk taker, sebab anak ialah investment terbesar saya.Kalau tak sekarang, nanti akan beranak jugak. Baik saya beranak awal. Lagipun rezeki masing masing tak sama, Allah dah tetapkan untuk saya beranak masa belajar, alhamdulillah.

Jadi,berbalik kepada topik, saya tak mngandung sekarang :) Hanya nak cerita pengalaman lepas. Saya berpeluang merasai mengandung dalam kedua-dua phase tadi. Aziz masa 1st phase, & Aisyah masa 2nd phase.

Aziz- saya mengandung dalam 5 bulan selepas berkahwin. Masa tu tak banyak masalah atau boleh dikatakan takde masalah. takde kencing manis (GDM), takde darah tinggi (PIH), cuma ada mild anemia yang resolve dengan iron tablet. Alahan tak teruk, alhamdulillah. Makan banyak, sampai naik 15kg masa mengandung :D Belajar pun tak mengganggu, sebab duduk dalam lecture hall je. Dengar lecture, dan balik rumah. Tup2 dah lahir Aziz. Sihat Alhamdulillah.

Aisyah- Kali ni mengandung agak mencabar. Sebab dah mula clinical phase. Mengandung masa posting surgery. Doktor kami pulak sangat strict sebab kami group terakhir dalam year 3 yang masuk surgery posting. Kami kena ada di wad setiap hari Isnin-Sabtu. Selain oncall malam sekali seminggu, hari Sabtu pun ada on-call. Jadi kali ni banyak berdiri dan berjalan jalan dalam wad. Kenalah berdiri 3 jam kalau doktor haritu rajin buat kelas panjang. Akibatnya, mulalah timbul varicose vein. Taklah timbul sangat, tapi first time dapat. T.T , & permanent sampai sekarang.
Lepas surgery posting, kami sambung pulak dengan orthopaedic posting yang agak mencabar jugak. Yang tak best ialah bila kena masuk operation theatre  yang pakai image intesifier(I.I) atau continuous x-ray yang bahaya pada ibu mengandung dan baby. T.T Tapi saya tak masuk pun. Yang risaunya II ni ditembak tanpa kita sedar. Jadi tak boleh dekat sangat dengan bilik OT tu. Jenguk je lah dari luar.Alhamdulillah Aisyah sihat setakat ni.

Masa mengandung kali ke-2 pun alahan tak teruk,alhamdulillah. Tapi lain pulak sakit yang datang, especially masa 3rd trimester (dalam both pregnancies) Sakit tulang rusuk, sakit belakang, incontinence, GERD, kaki cramp tengah malam(Ouch!),jari tiba2 stiff dan tak boleh gerak, tidur kena mengiring, cepat mengah, etc. Masa ni baru tahu sakitnya mengandung. Baru nak hargai ummi. Dan satu lagi kerisauan ialah tak tahu bila baby nak keluar.surprise betul.. Tapi semua ni adalah cara Allah nak mengganjari hambaNya yang lemah bernama wanita. Jadi tak payah nak merungut, bagitahu satu dunia, saya sakit ni,sakit tu.Memang mengandung macam tu.Allah lebih tahu,dan ada ganjaran di sebalik setiap kesakitan tu (pesanan buat diri sendiri juga).

nota kaki: post ni dh ditaip lebih setahun yang lalu, sekarang baru terperasan & posted! Terima kasih atas kesudian anda membaca :)

1 comment:

Lutfi Azmi said...

datang dari iium blogger

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...