Thursday, March 28, 2013

Jalan-jalan

Alhamdulillah, kami baru pulang dari perjalanan yang agak dekat, Heheh.. Memandangkan minggu depan kami akan ber'posting' forensik, jadi kami ambil kesempatan yang ada ni untuk merehatkan minda selepas exam yang susah :p

Destinasi percutian kami ialah.. Cherating! Dekat je dengan rumah rupanya.. tapi baru dapat menjejakkan kaki semalam. Gembiranya dapat tengok laut. Alhamdulillah.

Misi utama percutian ini ialah untuk bawa Aziz berjalan. Sebab selalu lepas ambil Aziz dari nursery, Aziz mesti cakap "nak galan! nak galaannn!'' (Aziz belum pandai sebut huruf 'j' :p)  Tapi apakan daya, balik dari kelas, mama baba Aziz pun dah tak larat,malam dengan nak study nye lagi. Dipendam je lah hasrat untuk bawa Aziz 'galan'.

Dengan berbekalkan online reservation yang last minit, akhirnya dapat jugak sampai ke teratak pwrsinggahan di Cherating. Terlupa pula sekarang musim cuti sekolah. Jadi banyaklah rombongan keluarga yang bercuti dengan kami di Cherating. Memang meriah!

Benda yang paling best di teratak persinggahan kami ialah: swimming pool yang best! Walaupun Ummu Aziz tak boleh masuk dalm air, tengok gelagat Aziz dengan babanya dalam air buat Mamanya cukup terhibur & bersyukur.. (mama ada anak & suami soleh :)) Jadi Ummu Aziz & adik Aisyah pun duduk sambil snap gambar baba & Aziz. Inilah antara gambarnya:

Aziz & baba main air
lepas main air main bola pulak
kami sekeluarga O.O
jiwang mode :)
Aziz cak cak















Nice trip,alhamdulillah. :)

Tuesday, March 26, 2013

Updating

Assalamualaikum wbt..

Dah berbulan - bulan tak update blog ni ye. Sampai dah beranak 2 pun orang tak tahu.--

Alhamdulillah dah habis lagi 1 posting yang banyak mehnah & tribulasi. Specialized positing. Terasa special gitu :p Nak bagi ucapan sikit lah,
"kepada semua groupmates, terima kasih atas tunjuk ajar, & jutaan kemaafan atas kelemahan & kekurangan kami. Jazakumullahu khairan. Semoga ilmu yang kita perolehi tu bermanfaat untuk diri & untuk dimanfaatkan kepada orang lain. "

Baiklah, update terbaru Ummu Aziz : umur Aziz sekarang dah 2 tahun 4 bulan (saya dah besar!) & adik Aziz pulak, Aisyah Al- Humaira' genap 3 bulan semalam. Gambar? "Err.. belum boleh letak kat public sebab saya pemalu" kata Aisyah.. Tunggu masa & gambar yang sesuai dah ditangkap, insyaAllah Ummu Aziz upload gambarnya. Konichiwa :)

Selamat bercuti :)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...