Saturday, July 13, 2013

Aisyah Al Humaira' Anak Solehah!

Assalamualaikum warahmatullah & salam Ramadhan.

Alhamdulillah kita telah memasuki hari ke 5 Ramadhan 1434H,

Aisyah, anak solehah mama baba dah pun berusia 6 bulan.

Buat pertama kalinya Aisyah dapat masuk dalam blog Ummu Aziz sebab Aisyah dah ada tudung. yeay! tudung ni Ummu Aziz beli dari sini. Setelah lama mencari tudung yang saiznya muat untuk bayi, akhirnya bertemu jugak.

Sayalah Aisyah Al-Humaira'
Saya baru 6 bulan, dan saya suka pakai tudung. Jom kita sama2 tutup aurat di bulan barakah ni!

Wassalam.

Wednesday, July 10, 2013

White Lady

Assalamualaikum & salam Ramamdhan Al-Mubarak..

Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah tahun ni. Buat pertama kalinya, kami berempat sekeluarga berpuasa di Kuching, Sarawak. Kecuali baba Aziz :) Pada 1 Ramadhan, kami disambut oleh air yang sedap, yang diberi nama "White Lady". Siapa pernah cuba air ni?
ihsan google.Air yang paling tinggi tulah White lady.


Hanya di Kuching. Jadi kalau anda berada ditempat selain Kuching, datangla ke Kuching untuk rasa sendiri air ni :)

Akhir kalam, 

Daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu   
 
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
 
Jom qiam!

Sunday, June 23, 2013

Bila Sudah Berempat..

Salam Syaaban, Dear readers!

Bila sudah beranak 2 aka berempat, inilah jadinya..blog baru dapat update lepas habis setiap blok ie. 3 bulan. :p

Alhamdulillah anak mama, Aziz dah hidup di dunia ni selama 2 tahun 7 bulan, & adiknya, Aisyah bakal genap 6 bulan 3 hari lagi. Aisyah's exclusive breastfeeding journey akan terus diteruskan, insya Allah!

Sepanjang blok lepas, family medicine & community medicine, banyak benda yang dah kami belajar. Semoga x lupa sampai bila2.. :) tak payahla cerita apa benda yg banyak tu kan. Banyak sangat.

Tapi nak cerita 1 benda. Kami kena bermusafir di Jerantut & Ulu Tembeling selama seminggu. Anak2 tidak dibenarkan ikut.sedih tak. Jadi Aziz n Aisyah dijaga oleh neneknya seminggu. Bukan sedih sebab apa, Aisyah masih breastfeed. Satu kegabraan buat ibu yg bf ni bila nak tinggalkan anak lebih dari sehari.. bukan semata-mata sebab rindu, tapi risau dengan milk production. Kalau ada peti ais, no problem. Stok susu boleh buat. Tapi tempat yg kami pergi tu agak pedalaman, maknanya peti ais xde! Kalau xde, terpaksalah susu yg berharga tu masuk ke dalam lubang sinki. Jadi selama 5 hari susu yg dipam terpaksa dibuang. Adela dalam 100 oz aka 20 botol bumble bee.-- T.T


Ke Ulu Tembeling. kena naik bot penambang gini.



 Nak balik kampung kat Sarawak lagi cantik botnya,camni-ihsan encik Google-

Balik dari permusafiran, dua lagi masalah timbul. Aisyah dah tak nak direct bf! Sedih yang tak terhingga. Tapi paksa jugak dia direct, sampai dia betul2 lapar baru dia nak. Berat Aisyah susut dalam masa seminggu tu. Sebab rindukan omaknya.hehe.Masalah ke-2, production susu makin sikit, sekarang tengah berusaha untuk tingkatkan milk production..
ALHAMDULILLAH. Misi berjaya:)

  Sekarang alhamdulillah dah naik balik. End of chapter 1 :)

Sambungan dari topik asal. Kami sedar kami masih belajar. & kami faham tak semua orang sokong married student ni. Tapi kami berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seNORMAL pelajar lain yang masih single. Orang miting sampai tengah malam bawak buku, kami bawak dua anak dan toto. :) pengalaman2. Orang lain boleh terus rilek lepas balik kelas, kami kena masak untuk suami dan anak. Pagi2 orang lain sempat nak baca buku sebelum turun ke kelas, kami kena mandikan anak2, siapkan barang untuk dihantar ke taska. Malam2 orang lain tidur nyenyak, kami kena bancuh susu untuk anak.

Kadang2 kami terbuat salah, mungkin ada orang yang condemn sebab kami dah berkahwin. Kami cuba untuk berubah untuk menjadi student yang lebih baik. Tapi mungkin ada orang jarang nak tengok kalau kita buat baik. Kesalahan yang lepas tu jugaklah yang diungkit2. To be honest, berkahwin saja bagi saya takdela beban sangat. Yang tough sangat lepas berkahwin ni ialah tanggungjawab terhadap anak2. Sekarang saya memikul 3 tanggungjawab dalam family. Kepada suami, dan 2 anak. Org yg single hanya perlu jaga diri sendiri. Titik.

Semasa posting di jerantut, saya takde tanggungjawab terhadap sesiapa. Perasaan? Rileknya org single! Tak pernah rasa serilek tu slps saya berkahwin. Tapi ini jalan yang saya pilih. Saya pilih untuk berkawin awal, dan beranak awal. Jadi saya dah bersedia untuk galas tanggungjawab seorang ibu yang masih belajar. Alhamdulillah Allah.kurniakan saya kekuatan untuk terus belajar. 1 year to go insyaAllah!

This post is not intended to hurt anyone. Hanya jeritan kecil dari qalbu seorang hamba yang penuh dosa.Minta ampun dan maaf kalau ada yang terasa.

Kami dah lalui macam2 sepanjang 4 tahun berkahwin. Semoga pengalaman mematangkan kami untuk terus berkhidmat di atas muka bumi Allah ini.

Pesanan terakhir buat diri sendiri. Tak kiralah pangkat kita profesor,doktor,Ir, Dato', etc, kita semua akan kembali pada Allah dengan kain kafan, dan di akhirat kelak hanya ada dua tempat kembali. Syurga atau neraka. Takde vip room for Dr. so and so. Be humble, Izaidah!

Wassalam. Salam nisfu Syaaban :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...