Saturday, August 4, 2012

Susu tak cukup?

Salam 16 Ramadhan semua.. Sekarang Ummu Aziz telah masuk minggu ke 20 kehamilan. Alhamdulillah baby soleh dan mamanya sihat walafiat. Aziz pun tengah biasakan hidup ber'adik' dengan  Adik Ahmad, adik susuannya yang comel. Hehe,walaupun biasalah kan, mesti jeles tu ada sikit2. Tak boleh nak kendong Ahmad depan Aziz, nanti Aziz melutut, kadang-kadang sampai guling-guling minta diangkat. Takpe2, step by step lah kan.

Hari ni tiba2 rajin nak membaca pasal breastfeeding, al-maklumlah, kurang ilmu tentang penyusuan 'newborn' ni. Dulu masa mula2 menyusukan Aziz, main redah je. Stok susu mula buat malam nak pergi kelas. Cukup2 untuk sehari esoknya je. Malu nengok kawan2 bloggers yang stok tak muat freezer :P  Oklah2. Nak cerita pasal pembacaan tadi. Masalah yang semua mak2 akan hadapi masa mula2 anak lahir : Takde susu @ susu sikit. Semua orang hadapi masalah yang sama. Sampai ramai yang awal2 ni lah give up tengok takde susu, padahal, ni semua aturan Allah, yang saya baru tahu! Ce tengok gambat di bawah


Ni bukan gambar bumi dibandingkan dengan planet2 lain, tapi gambar perut baby yang  baru lahir, pada hari pertama, ke-2 dan ke-3!

Hari pertama, baby hanya perlukan 5-7ml susu saja! Mana taknya, baru keluar dari rahim ibunya yang selama ni bagi nutrien kat dia kan. Takkanlah perut gedabak macam mak dia jugak. :D Perut baby pun baru nak membesar. Jadi kepada mak2 sekalian, kalau ingat newborn tu tak kenyang ke, susu takde ke, jangan risau, insyaAllah susu tu cukup. Tu Allah yang cipta dan susun.

Satu keajaiban lagi, susu tu nampak je sikit,tapi sebenarnnya ia sangat likat dan cukup nutrien untuk baby kesayangan kita. Itulah kolostrum. Orang dok beli mahal2 kolostrum lembu alpha lipid, kita ni dah diberi anugerah dari Allah,free pulak tu. Jadi bagilah paada anak kita susu kolostrum yang bagus ni.

Perasan tak, Masuk hari ke 3-4, baru susu mencurah-curah keluar. Ramai orang berterima kasih kepada pam susu, sebab lepas pam, susu makin banyak keluar. Buatlah apa2 method yang anda nak untuk membanyakkan susu, tapi sebaik-baik cara ialah dengan bagi direct feeding setiap kali baby nak susu, dan JANGAN cuba-cuba bagi susu  formula. Bila dah mula bagi formula, baby mula kurang menyusu badan, dan penghasilan susu badan makin kurang. No matter what, keep on breastfeeding/ breastpumping. Cuma kadang- bila kita tak sihat, penghasilan susu pun boleh merosot. Jadi ibu-ibu kena jaga kesihatan lah ye. :)

Lagi satu, kuatkan semangat untuk terus breastfeeding anak. Cakap memang senang, tapi nak buat, kena sokongan suami, & pam susu yang elok.hehe

Ni sekadar sikit perkongsian pasal ilmu dan pengalaman yang sikit ni. Sebab terkilan sangat bila tengok bayi yang diberi susu formula instead of susu ibu yang mahal ni. Sedangkan zaman nenek moyang kita dulu,boleh je diorang menyusukan anak2 tanpa susu formula. Takde pun diorang bagi alasan takde susu atau baby tak nak menyusu. Kan2?

Kami masa posting paediatrics di Hoshas dulu, berpeluang interview mak2 kat wad paediatrics tentang breastfeeding. Rata2 mak yang bekerja hanya bagi breastfeeding sampai umur anak 3 bulan je. Ada yang tak sempat nak bagi susu ibu, klinik dah suap susu formula kat baby tu. Ish3.. Jadi pilihlah klinik/hospital bersalin yang mesra susu ibu atau kita panggil 'hospital rakan bayi'. Nak bawak masuk botol susu pun tak boleh.

As a conclusion, sorry, I'm an obsessed breastfeeding mother! hehe.

Susuilah anak anda.
Gambar hiasan. Aziz dengan jubah hadiah dari Pak Teh Yol. Terima kasih Pak Teh!
Wassalam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...