Wednesday, May 9, 2012

Destinasi Percutian

Assalamualaikum wbt..

Hari ni Ummu Aziz dah mula bercuti. Jum jalan-jalan 1 Malaysia!
Apakah destinasi pilihan anda untuk bercuti?

Adakah di pulau?
subhanallah comelnya tempat ni. Kat Maldives :)

Atau di taman negara?
Rindunya kat Air Terjun Latak ni.Kat Taman Negara Lambir, Miri,Sarawak :)


Mungkin di tanah tinggi?
Cameron Highlands!

Siap boleh petik buah stroberi lagi. wow!

Cerita pasal stroberi, teringat pulak kat strawberry tongue. :D

Ok2, destinasi seterusnya,adakah di taman tema?
Poning palo men bende ni. Genting Highlands :)


Dan macam2 lagi tempat peranginan di Malaysia & luar negara.

Kadang-kadang orang lebih suka bercuti di pondok2, madrasah & pusat tahfiz. Boleh cari ilmu agama masa cuti, talaqqi, mengulang, dan macam2 lagi.
Pondok Baitul Qura' Sungai Udang, Melaka. Pondok betul ni. Luar nampak je pondok,tapi kat dalam banyak permata :)

Bumi yang amat kurindu T.T ..Darul QUran, Kuala Kubu Baru


Jadi, di manakah destinasi pilihan anda? Pilihan di tangan anda! Semoga dengan bertambahnya perjalanan kita di bumi Allah ini, semakin kita mendalami kebesaran ciptaan Allah & menginsafi betapa kerdilnya diri ini disisiNya.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...