Monday, April 30, 2012

Selamat hari pekerja!

Assalamualaikum semua..Di hari yang berbahagia ini, patik ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua orang yang bekerja di Malaysia. Terima kasih semua, kerana kalian semua, kami student2 dapat cuti hari ni.hehe

Melalut pulak. Kalau update blog, tup2 dah exam end posting dah. Kalau lagu amy mastura zaman dulu, "sehari bagaikan setahun lamanya". Sekarang dah tak boleh nyanyi dah lagu tu. Sebab sehari dah rasa macam sesaat!

Allah dah bagitahu dalam Quran, bagaimana ungkapan keluh kesah dan kesan orang-orang di hari akhirat tentang kehidupan mereka di dunia sebagaimana firmanNya yang ertinya:
"mereka berbisik-bisik diantara mereka:”Kami tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sepuluh (hari).
Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya diantara mereka: “Kamu tidak berdiam (di dunia),melainkan hanya sehari saja”. (QS. 20:104)

Nanti kat akhirat,baru kita sedar, & rasa kita hidup di dunia hanya sehari saja! Penat2 buat case presentations, exams, case write ups, study, facebookings, blogging, ngumpat, ngutuk, berdemo , itu, ini, sehari je?

Kami pun dah nak exam minggu depan. another worldly thing to be done! tak suka T.T Oleh itu, kawan2 doakan saya berjaya dalm exam ni,& exam ni lebih mendekatkan kami dengan Allah, bukan makin jauh dari Allah. na'uzubillah

Wassalam..

Wednesday, April 4, 2012

17 bulan ¤Abdul Aziz¤

Assalamualaikum,dear readers!

Currently ummu aziz,abu aziz n aziz are in Temerloh,having our great paediatrics posting!

Sekarang tengah berusaha menyiapkan case write up ke2. Me'rilek'kan jari kejap,menaip post ni.

Lama bebenar tak update blog ni.

Aziz pun baru masuk setahun 5 bulan! Anakku dah besar panjang, tertangguh sampai perkembangan Aziz pun tak update2.

Aziz is now an active toddler! Bukan takat berdiri,berlari pun dah laju :] emaknye pun terkejar-kejar,dari nak beli buku, jadi aktiviti sukaneka pulak kat bookfair baru2 ni.

Selain tu, Aziz dah tahu kegunaan benda2 yang dia selalu tengok. Contoh:
1.bagi sikat, aziz letak kat rambut.
2.Aziz amik stokin ahmad, nak tolong pakaikan kat kaki ahmad!
3.Kunci rumah,aziz angkut,& cuba nak cucuk lubang kunci.tapi tak sampai @-}--
4. Nak makan sendiri,tak nak mama baba suapkan.
5.kalau keluar rumah,pakai kasut sape2 kat luar tu.terbalik pun tak kisah.
6.ada makanan terhidang, aziz dah angkat tangan baca doa.
7.kalau mama baba solat, aziz gi sujud sekali.

Aziz sekarang dalam fasa 'copy' +'paste' perangai kami! Jadi semua benda kena control depan aziz.

Ok2 tak nak taip dah. Semoga Aziz membesar jadi anak soleh mama baba, & pemimpin org yang bertaqwa! Dan sihat2 selalu :')

parenting is the hardest thing on earth! Kita mungkin berjaya dalam pelajaran & pekerjaan,tapi tak menjanjikan kita untuk menjadi seorang ayah/ibu yang baik.kan2

Ok,wallahua'lam

:-D


-Aziz sayang ahmad-
Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...