Thursday, February 2, 2012

My O & G Life :)

Salam blog, salam semua ;) No komen. Lama sangat tak update kan. Macam ni lah bila dah mula sambut baby. Perasan busy :p Nak update pun takde masa la konon..

Ok2. Posting kali ni memang sangat menarik! Jangan salah faham ye, maksud saya, clinical posting.post kali ni biasa je, takde menarik sangat pun :)

Seronok tengok baby lahir. Speechless. Menakjubkan. Comel :) Lagi seronok bila dapat sama2 jadi bidan. Biarlah baju terkena darah atau air ketuban, tapi hati sangat puas, bersyukur! Jadi mak angkat pada baby yang comel2. Hehe. Mr. Hubby pulak jadi bilal dalam labour room. Almaklumlah, ayah2 baby tak disuruh berada dlm labour room lepas habis isterinya bersalin. Jadi Mr. Hubby pergi azan & iqamat dekat telinga baby tu. Semoga mereka terlindung daripada Ummu Sibyan, syaitan yang memang ditugaskan untuk mengganggu bayi yang bersih suci ni. ;) alhamdulillah dapat peluang untuk amalkan benda2 yang kadang2 terlepas pandang kan..

Dan yang bestnya posting kali ni, saya dapat belajar macam2 pasal diri sendiri. Pasal perempuan. Antara benda2 yang saya rasa menarik yang saya baru tahu;
1. Tiga bulan pertama ketika mengandung, kebanyakan ibu ada simtom muntah2, & loya2 kan? Jadi si ibu pun tak lalu nak makan atau minum. Ni sebenarnya adalah mekanisme untuk melindungi kandungan! Kerana 3 bulan pertama adalah waktu organogenesis. Ataupun pembentukan organ dalam bayi. Kalau masa ni bayi terdedah kepada bahan berbahaya, boleh menyebabkan kecacatan,atau apa2 komplikasi lain. Kalau ibu tak muntah2, diorang mungkin akan makan benda yang tak berkhasiat dan boleh membahayakan kandungan. ;)

2. Kebanyakan bayi yang lahir ke dunia adalah bayi yang betul2 kuat! Sebab kalau berlaku keguguran atau bayi mati sebelum dilahirkan, mungkin disebabkan oleh kecacatan atau abnormality pada bayi tu, menyebabkan mereka tak dapat nak survive kalau dilahirkan, atau kata lainnya, incompatible with life. Jadi Allah matikan mereka awal. Dan mereka ni lah pelindung ibu bapa mereka di akhirat kelak!

Nak tau lagi? Tunggu pada post seterusnya, insyaAllah :)

Wassalam..
Published with Blogger-droid v2.0.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...