Tuesday, November 29, 2011

Ahmad Yassin, my 1st nephew! phew~

As the name implies, iye, ni lah anak buah mama Aziz yang pertama, Ahmad Yassin! kite panggil awak Ahmad je k. Sangat best perasaan mempunyai anak buah! Al-maklumlah, sebelum ni ada anak betul2 je, anak buah belum ada. Sekarang baru tahu perasaan makcik-makcik di luar sana! (~~) seronok sangat!

sayelah ahmad! saya dah ditahnik oleh Ust. Harun Din semalam.. Walaupun ummi saya masih dalam pantang, dia sanggup jalan jauh semata-mata nak bertemu dengan pak ostat! :) syukran ummi!


~Ahmad zoom~

Ya Ahmad Yassin, jadilah kurratu 'ain ummi & abimu, dan pemimpin orang yang bertaqwa..amin :)

Posting ummu Aziz selepas ini insyaAllah ialah OnG, atau org panggil posting sambut baby! More babies to come! hurrayy! Saya suka bayi (^^,) Semoga dipermudahkan..

Wassalam..

Tuesday, November 22, 2011

And the timer starts now!

What starts now? Cuti!! Tak sabar nak jenguk anak buahku yang pertama, Ahmad Yassin! Aziz pun tak sabar nak main ngan sepupu barunya..Wah, kombinasi yang hebat insyaAllah, moga kalian menjadi hebat seperti Asy-syahid Abdul Aziz Rantisi & Syeikh Ahmad Yassin, mantan pemimpin Hamas :)

Jum balik kampung! :)


- Posted using BlogPress from my iPod

Location:Kuantan

Friday, November 18, 2011

Hebatnya madu

Abdul Aziz AlHakim, anak mama yang soleh baru sembuh daripada demam + batuk. Sekarang masih ada selesema sikit. Alhamdulillah, dah nak makan & minum susu dah.

Waktu demam, batuk aziz sangat teruk. Nak menyusu pun tak dapat, sebab hingus sangat tebal & stuck kat rongga hidung. 2 hari lepas,ummu Aziz pegi letak madu dalam bekal susu Aziz. habis warna susu macam teh susu. Aziz minum sampai habis kat rumah pengasuh!

Balik rumah, batuk Aziz dah hilang, dan hingus dah makin cair. Alhamdulillah:) berkat mengamalkan sunnah dengan izin Allah.

Sejarah demam Aziz: 2 minggu lepas Aziz demam, high grade fever. Bawak jumpa dr. Uia sebab free(",) Dr bagi sirap panadol + antibiotik (dalam hati saya ; ape? Antibiotik??? Kecik2 dah kena ngap benda alah ni :( tak nak bagi la) jadi saya hanya bagi aziz panadol kalau demamnya terlalu kuat, takut jadi sawan kalau dibiarkan. Jadi selama beberapa malam Aziz tidur tak pakai baju, + kain basah atas badan. 4 hari baru demam kebah. Dalam hati fikir lagi, kesian liver aziz, kena filter panadol :(( Lepas ni tak nak bagi ubat kat aziz dah. Nak bagi madu je.

Tapi beberapa bulan lepas pun dah fikir benda yang sama masa aziz demam jugak. Bila google, dr. nasihat,tak boleh bagi madu kat baby below 1 year old sebab usus yang belum matang & dalam madu mungkin ada C.Botulinum yg bahaya untuk bayi.

Jadi angan2 je la, sampai 2 minggu lepas, aziz pun dah setahun. Jadi saya mencari madu yang betul2 tulen untuk Aziz. Cari punya cari, jumpala kan. Hasilnya, alhamdulillah! Aziz dah beransur sembuh.

Yakinlah dengan ayat Allah;
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah..
"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, dipokok-
pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang
didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah
daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-
buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang
berlainan warna dari dalam badannya yang
mengandungi penawar bagi manusia daripada
berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang
demikian itu ada tanda kemurahan bagi orang-orang
yang mahu berfikir)"
An-nahl;68-69

Kadang2 kita sangat bergantung pada ubat2 ciptaan yahudi ni. Padahal dah tahu side effectnya yang sangat banyak! Kenapa tak berhijrah kepada sumber semulajadi yang Allah dah ciptakan sekeliling kita ni? Banyak lagi natural antibiotic seperti bawang putih, promegranate seed, minyak kelapa dara, etc! Adakah sebab orang putih tak buat kajian tentang bahan2 ni, kita pun ikut telunjuk mereka sedangkan ubat ciptaan mereka ada banyak kekurangan! Makun byk tahu pasal ubat ni, makin tak nak makan ubat :p (alamak, emo la pulak)

Banyak lagi sebenarnya saya nak cerita pasal madu ni. Tapi masa tak mengizinkan, exam pun dah dekat. Jadi ummu Aziz kena studi! akhir kalam, teringat kata2 sorang ustaz ni,

"kalau nak tahu madu tu asli ke tak, kalau suami bawak balik rumah, isteri marah. Itulah madu yang sejati. Hehe :)

Wassalam.

Thursday, November 3, 2011

Selamat hari lahir anak mama!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Aziz dah mencapai ijazah menyusu selama setahun! Pejam celik pejam celik, dah setahun dah Aziz tidur kat sebelah mama.hehe.

Sanah helwa ya Aziz! Semoga membesar dengan sihat, soleh & kuat! Aziz anak soleh mama baba :)


Tak sempat nak update perkembangan Aziz. Ni pun menggatal nak menulis,padahal ada kelas tak lama lagi.

Buat adik kakak saudara seislam di blogger dan fb, selamat hari raya haji! Bila lah kita boleh pergi buat haji ni.. Sama2 doakan ye!

Labbaikallahumma labbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...