Saturday, September 24, 2011

Aziz 10 bulan

Seminggu lagi,insyallah aziz menginjak 11 bulan! Baru hari ni nak update perkembangan aziz ye, dah berapa kali terlewat update dah ni.

Takpelah, apa2 pun, anakanda aziz dah besar panjang! Tak terasa pun dah 10 bulan. Bila tengok balik gambar aziz masa baru lahir, lain sangatlah dengan sekarang. Dulu badan tembam! Sekarang dah panjang ;)

Aziz tak nak dengan orang. Dengan pengasuh pun dia nangis! Sayu je hati masa hantar Aziz tiap pagi. Mesti meraung tak nak kena tinggal mama baba. Sabar ye aziz, kat sana ramai kawan, tak boring pun..

Perkembangan lain, gigi aziz dah tumbuh 6 batang.. Terkejut omaknye, satu pagi tu tengok ada 4 batang gigi serentak. Patutlah encik aziz tak dapat tidur malam tu. Jadi dengan adanya gigi baru ni, aktivit menggigit aziz semakin aktif! Adoi, sakit mama baba jadi mangsa gigitan aziz. Tapi tak mengapa, kami redho T.T

Lagi, aziz sangat suka bercakap! Ala ala bersyarah gitu, dengan tangannya. Mewarisi bakat neneknya kot.hihi. Kalau ikut teori, bayi seusia aziz akan mula berlatih menyebut ba-ba, kemudian ga-ga, na-na, da-da, last sekali baru ma-ma.(sob2..) jadi baba aziz sangat bahagia mendengar namanya dipanggil aziz(walaupun hanya sebutan saje, takde maknenye pun).

Baiklah, dah maghrib ni. Selamat!

P/s: azan kat tv alhijrah sangat unik! I like :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 16, 2011

Minggu pertama di wad

Salam semua.. kami baru saja menghabiskan 4 hari pertama di wad. Posting yang pertama buat tahun ni ialah internal medicine. Atau orang panggil Im, atau medical!

Baru 4 hari,dah berpeluang clerk beberapa orang pesakit, dan tengok macam2 kes. Antara kesnya, ada sakit jantung, buah pinggang, asthma, kanser, strok. Yang buat percubaan membunuh diri pun ada! Rupa2nya banyak benda yang berlaku kat dunia ni. Selama ni duduk kat bawah tempurung je.

Dan insyallah,minggu depan kita akan pergi ke hospital temerloh. Tiap hari pasti ada kes baru, dan harapannya, semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.

Wassalam..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 9, 2011

Tahun Baru

Assalamuaikum wbt.

Bermula Isnin lepas, 6 September 2011, dengan rasminya Ummu Aziz dah memasuki tahun baru dalam studynye! Dah tahun 3 dah.

Dan tahun ini, Ummu Aziz akan pergi hospital untuk buat klinikal. The real life of a medical student begins!

Oleh itu, makin sikitlah masa yang ada untuk meng'update' blog.

To all readers, mintak maaflah kalau dah berminggu-minggu baru nak upadate sekali. Ni dah ada simptom sikit2 dah ni (last update:2 weeks ago!) oklah Aziz panggil. daa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...