Saturday, July 30, 2011

Menulis dari hati -Ramadhan Kareem!-

Assalamualaikumwarahmatullah..
Hari ni hari Sabtu. Esok hari Ahad.Lusa Isnin, insyaAllah semua umat Islam akan mula berpuasa. Hati berdebar menanti. Sempatkah daku bertemu denganmu wahai Ramadhan? Allahumma ballighna ramadan! Semoga ummu Aziz dapat berpuasa penuh tahun ini. Kelebihan untuk wanita yang mengandung dan menyusukan anak sepenuhnya :)

Tahukah anda, wanita yang mengandung dan menyusukan anak sepenuhnya tidak didatangi haid? Oleh sebab ovum tidak dikeluarkan jika tiada kitaran haid, seorang yang mempunyai ramai anak dan menyusukan mereka akan lambat mengalami menopouse! Sekadar fakta :)

SIang tadi ummu Aziz, mak, Fafa & Aziz berkunjung ke rumah sahabat mak. Kak Roza namanya. Dia dalam tahun terakhir dalam master of Dental..(pakar gigi). Ada pembukaan & pembahagian kumpulan tadarus. Ramai juga yang bertandang sama. Macam ni lah hidup di perantauan. Sesiapa orang Malaysia yang berada di kawasan tu, merekalah saudara kami. Tengok muka, gaya tudung dah kenal, "oh, ni orang Melayu ni". Daripada tak kenal,tapi atas dasar sama bangsa & agama, boleh jadi ramah pulak. Macam dah lama kenal la pulak ye. alhamdulillah.

Dan tadi ada sesi tazkirah, dan ramai juga kakak2 yang berkongsi pengalaman berpuasa di negeri orang. Kebanyakan mereka berkata, puasa di UK lebih nikmat daripada di Malaysia, walaupun berjauhan dari keuarga. Kenapa? sebab kat sini orang tak kisah pun raya meriah tak meriah. Yang pasti, raya di Malaysia sangat meriah! Ah,lupakan pasal raya! Bulan Ramadhan lebih mulia. Tak kiralah raya meriah ke tak. Jadi, mereka dapat fokus untuk beribadah di bulan Ramadhan, sedangkan kita di Malaysia berebut-rebut membeli baju raya, tudung raya, kasut raya, buat kuih raya, tukar langsir bagai..

Memang seronok raya di Malaysia. Tetapi Ramadhan lah yang sepatutnya kita ra'i. Pada 10 malam terakhir, kita sepatutnya mencari malam lailatulqadr. Tapi pada masa ni lah, 'sale raya' semakin hebat. natijahnya, kita pilih untuk membeli belah daripada mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.Para ulamak dan orang soleh menangisi perginya Ramadhan. Tapi kita? bergembira sakan main bunga api mercun pada malam raya.

Astaghfirullah.. Ya Allah, ampuni hambaMu ini :'(

Hamba yang hina,

Friday, July 29, 2011

Mujahadah Para Salaf dan Ulama di Bulan Ramadhan

Benarlah sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) tentang keunggulan generasi salaf:

“Sebaik-baik zaman adalah di zamanku (sahabat), kemudian orang sesudah mereka (tabi’in) dan kemudian orang sesudah mereka (atba’ tabi’in).” (Riwayat Bukhari).

Mujahadah salaf selama bulan Ramadhan membuktikan kebenaran sabda Rasulullah di atas. Khususnya dalam melakukan amalan shalat dan membaca Al Qur`an, mujahadah mereka amat susah untuk ditandingi oleh umat Islam generasi terakhir. Bahkan bisa jadi mereka menilai bahwa amalan itu mustahil dilakukan!

Dalam beberapa literatur Islam, seperti Hilyah Al Auliya karya Al Hafidz Abu Nu’aim dan Thabaqat Al Qura`n, karya Imam Ad Dzahabi, mujahadah para salaf, khususnya para tabi’in, terekam dengan baik. Bahkan dalam Al Hilyah, periwayatan itu disertai dengan sanad lengkap.

Nah, bagaimana sebanarnya mujahadah mereka selama bulan Ramadhan? Serta seperti apa persiapan mereka dalam menyambut bulan itu? Tulisan kali ini akan mengupas bagamana para salaf dan ulama bermujahadah di bulan mulia itu.

Salaf Khatamkan Al Qur`an dalam Dua Rakaat!
Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur`an. Bahkan Imam Al Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya, bahwa di tiap tahunnya Jibril Alaihissalam membacakan Al Qur`an kepada Rasulullah SAW, dan itu dilakukan di tiap-tiap malam selama Ramadhan.
Oleh sebab itu, dengan berpedoman dengan hadits ini, Al Hafidz Ibnu Hajar berpendapat bahwa terus-menerus membaca Al Qur`an di bulan Ramadhan akan menambah kemulyaan bulan itu. (Fath Al Bari,9/52).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Barang siapa melakukan qiyam Ramadhan dengan didasari keimanan dan keikhlasan, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Al Bukhari).
Karena itulah, para salaf dan ulama amat memperhatikan amalan tilawah, qiyam Ramadhan, serta pengkajian keilmuan, sehingga mereka siap bermujahadah dalam melakukan amalan-amalan itu.

Adalah Aswad bin Yazid An Nakha’i Al Kufi. Disebutkan dalam Hilyah Al Auliya (2/224) bahwa beliau mengkhatamkan Al Qur`an dalam bulan Ramadhan setiap dua hari, dan beliau tidur hanya di waktu antara maghrib dan isya, sedangkan di luar Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an dalam waktu 6 hari.

Tidak hanya bermujahadah dalam menghatamkan Al Qur`an, dalam ibadah shalat, Imam Adz Dzahabi menyebutkan bahwa tabi’in ini melakukan shalat 6 ratus rakaat dalam sehari semalam. (Al Ibar wa Al Idhadh, 1/86).

Adapula Qatadah bin Diamah, dalam hari-hari “biasa”, tabi’in ini menghatamkan Al Qur`an sekali tiap pekan, akan tetapi tatkala Ramadhan tiba beliau menghatamkan Al Qur`an sekali dalam tiga hari, dan apabila datang sepuluh hari terakhir beliau menghatamkannya sekali dalam semalam .(Al Hilyah, 2/228).

Tabi’in lain, Abu Al Abbas Atha’ juga termasuk mereka yang “luar biasa” dalam tilawah. Di hari-hari biasa ia menghatamkan Al Qur`an sekali dalam sehari. Tapi di bulan Ramadhan, Abu Al Abbas mempu menghatamkan 3 kali dalam sehari. (Al Hilyah 10/302).

Sedangkan Said bin Jubair, dalam Mir’ah Al Jinan, Al Yafi’i menyebutkan sebuah riwayat, bahwa di suatu saat tabi’in ini membaca Al Qur`an di Al Haram, lalu beliau berkata kepada Wiqa’ bin Abi Iyas pada bulan Ramadhan: “Pegangkan Mushaf ini”, dan ia tidak pernah beranjak dari tempat duduknya itu, kacuali setelah menghatamkan Al Qur`an.

Diriwayatkan juga dari Said bin Jubair, beliau pernah mengatakan: “Jika sudah masuk sepuluh hari terakhir, aku melakukan mujahadah yang hampir tidak mampu aku lakukan.”

Beliau juga menasehati: “Di malam sepuluh terakhir, jangan kalian matikan lentera.” Maksudnya, agar umat Islam menghidupkan malamnya dengan membaca Al Qur`an.

Thabaqat Fuqaha Madzhab An Nu’man Al Mukhtar, yang dinukil oleh Imam Laknawi dalam Iqamah Al Hujjah (71,72) disebutkan periwayatan bahwa dalam bulan Ramadhan Said bin Jubair mengimami shalat dengan dua qira`at, yakni qira`at Ibnu Mas’ud dan Zaid bin Tsabit.

Manshur bin Zadan, termasuk tabi’in yang terekam amalannya di bulan diturunnya Al Qur`an ini. Hisham bin Hassan bercerita, bahwa di bulan Ramadhan, Manshur mampu menghatamkan Al Qur`an di antara shalat Maghrib dan Isya’, hal itu bisa beliau lakukan dengan cara mengakhirkan shalat Isya hingga seperempat malam berlalu. Dalam hari-hari biasapun beliau mampu menghatamkan Al Qur`an sekali dalam sahari semalam. (Al Hilyah, 3/57).

Tidak ketinggalan pula Imam Mujahid, salah satu tabi’in yang pernah berguru langsung dengan Ibnu Abbas juga amat masyur dengan mujahadahnya. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dengan sanad yang shahih, bahwa tabi’in ahli tafsir ini juga menghatamkan Al Qur`an pada bulan Ramadhan di antara maghrib dan isya.

Dan informasi amalan salaf itu sulit untuk ditolak, karena periwatan tentang kabar mujahadah para salaf juga menyertakan sanad yang semua perawinya tsiqah, bahkan hingga kini sebagian tradisi itu masih tetap hidup di beberapa wilayah.

Di India pada abad 13 H atau kebiasaan shalat tarawih dengan menghatamkan 30 juz dalam semalam masih dilestarikan. Hal itu diketahui dari fatwa Imam Laknawi, ulama madzhab Hanafi dari India yang wafat 1304 H, mengenai bolehnya menghatamkan Al Qur`an 30 juz dalam semalam di waktu tarawih, guna merespon pertanyaan-pertanyaan mengenai kebiasaan umat Islam menghatamkan Al Qur`an dalam tarawih di zaman itu. (Iqamat Al Hujjah, 154)

Bahkan hingga kini di Mesir, khususnya di wilayah Hay (distrik) As Syafi’i Kairo, para huffadz Al Qur`an berkumpul untuk melaksanakan shalat tarawih di masjid Ibad Ar Rahman, yang dimulai setelah Isya’ dan baru selesai ketika tiba waktu sahur, karena sang imam menghatamkan Al Qur`an hingga 30 juz, dengan bacaan yang agak cepat, tanpa mengabaikan tajwid dan makharij al huruf (tempat-tempat keluarnya huruf). Tentu, amat berat untuk bisa mengikuti shalat tarawih hingga selesai di masjid ini, kecuali bagi mereka yang punya azam tinggi dan telah hafal Al Qur`an 30 juz.



Semoga dapat menjadi motivasi kita untuk beramal di bulan ramadan yang bakal menjelma!
wallahua'lam

Wednesday, July 27, 2011

Al-Quran buat Hantaran

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.



"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AlQuran. Beli AlQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

copied & pasted from anynomous

Monday, July 25, 2011

Manchester Holiday PART 2 (a trip to London)

Assalamualaikum warahmatullah..Add Image

Aziz anakku yang soleh,
Semasa Aziz berumur 8 bulan, Aziz dah menjejakkan kaki ke kota London. Atau mama gelar kota penjajah. Ye, orang british telah menjajah Tanah Melayu & menyebarkan idealogi mereka yang pelbagai. & kini masyarakat melayu khususnya, sudah terikut-ikut dengan budaya mereka,termasuklah mama! Cuba tengok etri2 sebelum ni, bahasa yang mama gunakan sangatlah rojak. atau bahasa yang orang cakap sempoi atau tak skema. Mama nak berubah mulai etri ini! Sama ada berbahasa melayu seluruhnya(atau dalam 1 ayat,tak campur2), atau berbahasa inggeris seluruhnya, atau tak payah taip etri.hehe.(Insap ni)Jagalah bahasa kebangsaan kita :) Kalau bukan kita, siapa lagi kan.

Panjanglah intro kali ni. Baiklah anakandaku Aziz, jum belek gambar2 percutian kita di kota penjajah!


muka Aziz berseri-seri sebelum bergerak


kami sekeluarga

kat sini tempat siapa2 (di seluruh dunia) boleh meluahkan suara ketidakpuashatian terhadap apa2 saja :D


bunga-bunga warna warni


di luar Harrods. Apa itu harrods? sila bertanya kepada pakcik google :D


Di dalam Harrods

pernahkah anda tengok mr. bean? pakcik ni lah yang berlakon

Kepada peminat Chelsea, kami dah meninggalkan jejak kaki di Stadium Chelsea ;D

Tak ingat nama tempat ni..

Aziz isi perut

di Buckingham Palace.Tempat tinggal Ratu Elizabeth

Aziz sudah penat..

BAiklah Aziz, sampai di sini dulu. jumpa di lain etri, Insya Allah :)

Love,

Wednesday, July 20, 2011

Aziz 8 bulan

Assalamualaikum wbt, selamat pagi malaysia! Aziz tengah tidur. Jadi mamanya mengambil kesempatan yang ada untuk meng'updet' blognye ;)

Hari ni umur aziz = 8 bulan, 2 minggu, 4 hari (seperti tertera di lilypath kat sebelah kanan ni) mintak maaplah aziz, dah 2 minggu baru nak update perkembangan aziz.

Aziz dah pandai mengetuk2 meja(atau ape2 di depannye) dengan tangan. Ala2 orang bergendang gitu.

Lagi, aziz tengah belajar berjalan dengan walker murahnye (walaupun belum pandai berdiri sendiri lagi). Tapi most of the time aziz belajar berjalan dengan mamanye( mama pegang tangan,aziz jalan tatih)

Aziz jugak sangat suke melompat! Istilahnye ialah `bouncing baby'. Kalau die seronot atau excited, mulelah die melompat2 keriangan :D

Apo laie ye..Aziz dah pandai cium mama & babanya :) kalau letak muka dekat ngan dia, aziz sayang pipi kite!

Dan satu lagi! 2 batang gigi aziz dah muncul. Walaupun lambat dari baby lain, syukur! Lambat sikit nak merase kena gigit.hehe

Aziz jugak sukee toleh / menyengetkan kepala kalau die nak tengok sesuatu, & ade benda menghalang penglihatannye.

comel tak teether saye?

gambar hiasan: di Windsor Castle.keciknye kami bertiga!

Wassalam :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 18, 2011

Ulangtahun perkahwinan ke-2

Aziz anak mama yang soleh, semalam 18 julai 2011 merupakan tarikh ulangtahun pernikahan mama baba yang kedua!


Terima kasih Allah, atas jodoh yang telah tertulis buatku. Kekalkanlah cinta kami hingga ke syurgaMu!



I love you Ahmad Fikri Morshidi! You're the apple of my eyes :D



*Jiwang mode deactivated*

Wassalam.


Tuesday, July 12, 2011

Manchester Holiday PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abdul Aziz Al Hakim!

Hari ni, genap 50 hari kita bercuti di Manchester. lame tu! tak terasa pun,cepatnya jam berputar. Setelah 50 hari kat sini, baru2 ni baba berjaya men`transfer` gambar2 dalam kamera kita.. Jum kite flashback antara kenangan manis, masam, pahit, masin kite kat uk ni!
ni masa dalam flight.perjalanan 14 jam non stop! sakit pinggang kaki tulang belakang sume ade :D tapi aziz tetap hepy!

jalan-jalan kat manchester.dekat eye on manchester
kat sini sejuk!
mula2 muka aziz merah, sebab tak biasa ngan suhu sini

sempat round2 kat blackpool :) pantainye cantik


kat manchester fort. . benda ni ala2 yakjuj n makjuj ;0


pemandangan tipikal kat tepi highway..cantik kan?
posing tepi sungai


Pictures speak louder than words!
tu saje buat mase ni aziz, jumpa lagi di lain entry.

to be continued...

Sunday, July 3, 2011

mama & baba masuk paper


Assalamualaikum aziz, anak mama paling soleh!

Dalam post sebelum ni, mama ada cakap nak cerita pasal pengalaman masuk paper kan? jadi jum baca cerita nye..

Mama baba masuk pertandingan hafazan peringkat kebangsaan mei 2010.masa tu aziz dah 4 bulan dalam perut tau..kecik lagi. lepas exam year 1 block 3 kalau tak silap, kami cuti. tepat2 masa cuti tu pertandingan tu berlansung. Jadi lepas habis exam, kami terus bertolak ke melaka, naik kereta viva yang banyak berjasa tuu.. sesampai di melaka, check in kat puteri resort. nombor giliran dah tau, baba kena hari 1st, & mama pada hari ke 2 last. ok..mama ade banyak masa utk mengulang.

Oleh sebab baba bertanding pada 1st day, wartawan pun interview dia(n semua peserta hari tu) Tah ape yang diorang interview, sampai sorang wartawan utusan nak interview mama pulak(lepas habis mama bertanding,lewat sikit) ok..

Jadi lepas mama habis bertanding, seperti yg dijanjikan, mama pun kena interview. sampai terhasillah penulisan ini. mama copy & paste kat bawah :


Pasangan huffaz bakal doktor

7 Mei 2010 – TENANG dan mengasyikkan. Demikianlah ungkapan bagi menggambarkan suasana majlis menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-31 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MTIC) Ayer Keroh, Melaka.

Bertema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’, majlis itu menyaksikan persaingan yang hebat di antara para hafiz dan hafizah dari seluruh Malaysia yang berlangsung pada 21 hingga 25 April lalu.

Apa tidaknya, hampir sepanjang masa para hadirin diperdengarkan bacaan al-Quran oleh para huffaz yang mewakili negeri masing-masing.

Berada di dewan itu ‘melupakan’ seketika segala gundah-gulana dan pelbagai masalah yang bersarang dalam kepala.

Ia mengesahkan lagi kebenaran ayat Allah sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra’d: 28)

Seramai 73 peserta menyertai majlis ini dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk beserta tafsir.

Pada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang.

PESERTA suami isteri yang mewakili Sarawak bagi kategori 1 ke 10 juzuk, Ahmad Fikri Morshidi, 21, dan Nur Izaidah Ishak, 21, adalah bukti golongan hafiz juga boleh menguasai bidang profesional.

Pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan pada Julai 2009, kini menuntut dalam tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang.

Kata Fikri, kejayaan yang dicapai itu adalah hasil dorongan ibu bapa terutama bapa yang mahukan anak-anaknya hafal al-Quran.

“Kata ayah, al-Quran itu mukjizat. Kalau kita menjaganya, Allah akan menjaga kita. Alhamdulillah, kata-kata itu terbukti kini,” jelasnya.

Beliau mula menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun di Maahad Sri Madani, Kuching, Sarawak.

Perjalanan Fikri sebagai hafiz melalui banyak cabaran. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berhenti sekolah di tahun empat untuk menumpukan kepada menghafaz al-Quran.

“Saya berhenti sekolah dari umur 10 tahun kemudian masuk semula pada tahun enam untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Alhamdulillah saya dapat 6A dalam UPSR, termasuk Bahasa Arab kemudian 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9A1 dan 1A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki matrikulasi UIAM,” tambahnya.

Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membolehkan Fikri dipilih sebagai penerima Anugerah Ibnu Sina semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Kuching.

Sementara itu, Nur Izaidah adalah lulusan program persijilan tahfiz Darul Quran di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh satu setengah tahun.

Beliau juga pernah mewakili Sarawak dalam majlis menghafaz al-Quran Sekolah Rendah peringkat kebangsaan pada tahun 1999 dan 2000.

Pada majlis peringkat negeri mereka bertemu buat kali pertama sebagai peserta hafazan. Nur Izaidah mewakili Miri dan Fikri mewakili daerah Kuching.

Menurut Fikri, pada ketika itu beliau bersaing dengan adik Nur Izaidah bagi kategori 1-10 juzuk.

“Semasa itu, emak ada mengambil gambar Nur Izaidah. Bila di rumah saya ada melihat gambar itu tetapi tidak tahu siapa dia.

“Rupa-rupanya ditakdirkan Allah, beliau menjadi isteri saya selepas kira-kira 10 tahun gambar itu disimpan di rumah,” katanya senyum mengimbau saat manis itu.

Selain persamaan dalam pengajian dan sebagai hafiz, pasangan suami isteri ini juga adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik dalam keluarga masing-masing.

Lebih manis lagi, adik-beradik Fikri turut menghafal al-Quran. Contohnya, abang sulung beliau menghafal 10 juzuk, kakaknya yang juga menuntut sebagai doktor turut menghafal empat juzuk.

Ternyata pasangan ini mempunyai kelebihan apabila membuat ulang kaji. Apa tidaknya, apabila si suami membaca isteri akan menyemak dan begitulah sebaliknya.

Kata Fikri, itu adalah antara nikmat yang diperolehi apabila mempunyai pasangan yang juga hafiz. Bagaimanapun, kadang kala, mereka mendengar rakaman bacaan al-Quran untuk mengulang kaji.

“Biasanya kami akan mengulang kaji selepas solat subuh dan maghrib setiap hari. Ini untuk mengelak daripada lupa,” jelasnya.

Fikri juga berharap masyarakat membetulkan salah tanggapan bahawa bidang hafiz al-Quran ini adalah untuk anak-anak yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.

“Golongan yang cemerlang akademik mesti mengambil berat dalam hal agama termasuk menjadi hafiz.

“Barulah kita boleh melahirkan masyarakat yang seimbang dunia dan akhirat,” katanya yang bercadang mendapat sijil syahadah daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Sam’ani Fauzi al-hafiz.

-the end-


kami ada simpan hard copy keratan akhbarnya. nanti kalau aziz baca entry ni, mintaklah hard copy tu ye, manela tau mama dah tua nyanyuk. tak sangka pulak, kami jadi front cover untuk mega(sisipan utusan)..ingatkan masuk kat ruangan kecik2 je.

baba cakap, wedding kitorang pada 18 julai 2009 kecik/kecil2an je.. takde nye meriah2 announce kat memane.. tapi utusan malaysia mensensasikan wedding kami.hehe perasan palak. the key point here is, elakkan majlis perkahwinavn yang over grand,sampai membazir, atau yang lebih parah, kena buat loan plak.adeh2. Ya Allah, berkatilah perkahwinan kami!


besar la plak gambar :D


ni die front cover mega tu. tarikhnye 7mei 2010. Ok lah aziz, x nak crite panjang2. nanti merapu plak. semoga aziz menjadi al-hafiz pada usia yang lebih muda dari mama baba.. love u aziz!


ni pulak antara keratan akhbarnye.kami disuruh pose tu! :D

Kisah jam mama baba

Assalamualaikum aziz, anakku yang hebat dan soleh!

Hari ni, mama nak bercerita pasal jam tangan mama & baba..kalau tak crite,nanti dah tua lupa,sayang kenangan2 lame kan aziz?

Ok ceritanya begini.. Masa baru kahwin dulu, mama baba nak beli jam tangan utk couple tu.yang sama design utk laki & perempuan. Ala,jam ala2 gini..



Jadi kami pun pegi survey jam kat kedai.sume jenis kedai kami keluar masuk.dari mydin sampai la ke kedai yang tak tau name pe. Nak tengok jam yang berkualiti dengan harga yang reasonable. Cari punya cari, banyakla jam yang berkenan di hati,tapi tak beli2 gak. Ntah kenapa. Duit dah allocate dah,tinggal nak grab & buy je.

Lepas tu,kami sibuk dengan kelas & kehidupan seharian, sampailah lupa pasal niat awal tadi.

Aziz, bulan mei 2010, mama baba ditakdirkan masuk pertandingan hafazan peringkat kebangsaan kat melaka bandaraya bersejarah. Kebetulan kakak baba, kak fiqah belajar kat melaka (malacca manipal college). Seminggu kami berkampung kat melaka,macam2 tempat best kami dah jejakkan kaki. Dari jonker walk, ke river cruise, sampai RFC! Tak dapat nak cerita panjang2 kat sini. Maybe in another entry?

Ok,jadi alkisahnye, selepas majlis penutupan, kami dapat hadiah(saguhati je,alhamdulillah). Mama ni jenis excited kalau dapat hadiah.hehe jadi mama dulu bukak hadiah tu. Bukak punye bukak, terkejut tengok ade jam tangan! Lepas tu mama bukak hadiah baba, n guess wat, jam tangan yang sama! Yang berbeza cume lah jantina jam tu.hehe. Alhamdulillah,memang tak terkata mase tu. Mimpi ke? (maybe org lain tak rase pape, tapi kami sangat bersyukur, sebab Allah bagi bende tu pada masa yang tak disangka sangka!) jam yang same sebab kami masuk kategori yang same, 1-10 juzuk.

ni jam mama n baba tu :)

& paling manis. Ada ukiran kat jam kami..


"menghafaz alquran 2010"

Mama baba berazam, nak jaga jam ni elok2(walaupun dah ade few scratches). kalau jam ni dah rosak pun, kami nak simpan buat anak cucu tengok :)

Tu je coretan mama untuk aziz buat masa ni. Lepas ni, insyaAllah mama cerita pasal pengalaman masuk paper lak. Hihi. Sayang aziz!

Wassalam..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...