Wednesday, June 29, 2011

Kek batik marie

Banyak2 kek, kek ni ialah kek yg paling senang dibuat! Tak yah ber mixer2,resepi yg senang ingat. Sedap pun sodap gak, insyaAllah :) sesambil buat tu, jgn lupe baca ayat 4 surah yusuf, supaya suami sayang :D

Bahan2 nye :
Seketul butter (250g)
200g Chocolate drink/choc malt drink (eg. cadbury,vico,ovaltine- milo jgn,boikot tau)
Setin susu pekat manis
3sudu koko
Setengah bungkus biskut marie (patah2kan)
Tu je..

Cara nak buat:
Cairkan butter atas api,
Masukkan susu pekat, kacau rata
Masukkan choc drink & koko, kacau sampai sebati
Last sekali, masukkan biskut marie!
Kacau sampai rata,jgn lame sgt, nanti kek keras
Letak dlm loyang, tekan2 bagi mampat (bleh guna senduk, atau letak plastik atas kek, tekan ngan tgn)
Then letak dalam fridge.siap!

Pesanan; jangan ngap byk sangat, sebab kek ni manis.

Ni contoh kek yang dah dipotong



Zoom kek

Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 27, 2011

Teringat masa mula mula...

Masa mula mula pegang baby aziz. Alahai keciknye, lembutnye,takutnye nak pegang. Tapi nak tak nak kena pegang.(takkan nak suroh org sebelah pegangkan) Kite peluk die kuat2, takut die jatuh ke ape ke. Skarang saya dah pandai pegang baby.hehe

Masa mula2 tukar lampin aziz. First time tukar lampin baby ni.. Sebelum ni, seingat saya, saya tukar lampin anak patung je. mase 6 tahun.Kat hospital, nurse tu baik, (student la katakan) die tolong tukar lampin aziz. Ingat lagi, masa hari pertama nak hantar aziz pergi rumah babysitter, dekat setengah jam nak tukar lampin je. Lepas tu fikir, ya Allah, kalau tiap kali nak tukar lampin setengah jam, cane ni.. Susahnye jadi mak..

Masa mula mula tidur ngan baby. Masa 1st night lepas bersalin,spent 1 night kat spital. Aziz bangun tiap 2 jam, mintak susu. So malam tu memang tak dapat tido. Fikir lagi, susahnye jadi mak, nanti cane nak study kalau malam2 tak cukup tidur..

Masa mula mula pam susu. Ya Allah, kalau pergi kelas, tengahari kena balik rumah pam susu. Nak sterilize botol n pam, solat zohor, lunch, semua kena buat cepat2 sebelum kelas petang. Alahai, penatnye jadi mak..

Lagi, masa mula2 aziz demam. Tak tidur malam la jawabnye. Aziz x selesa, tak dapat tidur nyenyak.kite pun affected sekali.

Ni baru sorang anak..macamane la mak ayah kite boleh besarkan sampai berorang orang anak :p

Sekarang, semua benda tu dah menjadi my bread n butter. Dan semakin selalu dibuat, jadi biase, n tak kisah dah penat ke tak. Memang betullah, a journey begins with the first step. First step memanglah susah :)

Sekarang dah nak masuk 8 bulan saya menjadi mak. Penat memang penat, tapi di setiap kepenatan tu ade manisnye.. Lepas aziz pandai senyum,die gelak. Dah pandai meniarap, duduk pulak. Bahagianya tengok aziz membesar dengan sihat n happy. X terbanding dengan kepenatan2 tu.

Semoga aziz menjadi penyejuk mata mama & baba, & menjadi pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa.. Amin

Love, mama.


Aziz sayang



Aziz mama n kuda ;)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 26, 2011

Israk mikraj, & kepentingan membebaskan baitul maqdis

Dipetik daripada sini

Apa istimewanya 27hb Rajab ini?


Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).

Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).


Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?

  1. Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
  2. Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?

1- Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

2- Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.

Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?

Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w.

Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.

Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat

1- Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq

2- Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut

3- Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.


Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.

Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?


(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)

Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.

Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.

Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia.


Sebagai umat Islam kita mesti menginsafi bahawa sifat Islam adalah memimpin dan bukan sekadar berpuas-hati dengan ‘demokrasi’ dan ‘humanism barat’ serta dengan apa yang berlaku di dunia global pada ketika ini.

Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?


Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.

1- Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.

2- Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi

3- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam

4- Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.


(Masjid Qiblatain di Madinah ialah saksi hidup terhadap pristiwa perpindahan kiblat)

Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.”

Apakah hubungan Israk Mikraj dan pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Solahuddin al-Ayyubi?


Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.


Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.

Mari kita lihat kembali kisah pembebasan Baitul Maqdis oleh Solahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib :

Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah yang bertepatan hari Israk dan Mikraj, Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki kota Baitul Maqdis. Ibn Shaddad menulis: “Itulah kejayaan bagi segala kejayaan. Satu perhimpunan besar yang terdiri daripada para pembesar, ahli peniaga, alim ulama dan orang ramai berhimpun pada saat yang mengembirakan itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sultan Solahuddin dan teriakan ‘Allahu Akbar’ serta kalimah ‘La Ilahaillallah’ bergema gagah di angkasa.


Setelah 90 tahun berlalu tanpa Jumaat sepanjang pemerintahan kristian Salib, sembahyang Jumaat sekali lagi didirikan di Baitul Maqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa diruntuhkan. Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar istimewa yang yang dibina di bawah arahan Nuruddin al-Zanki, 20 tahun sebelum pembebasan Baitul Maqdis telah dibawa dari Halab, Syria dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.”

Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah

1- Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam.

2- Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin.


3- Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa kepada masyarakat dengan apa jua cara.

4- Anjurkan program yang berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Israk Mikraj ataupun pada Hari al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos nanti di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain.


5- Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.

6- Memahamkan isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara kita dan mengajak mereka untuk turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa.

7- Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

8- Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

9- Melonjakkan isu ini ke persada nasional dan antarabangsa kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

10- Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara.

Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri anda dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin.

Semoga al Aqsa dan Palestin terbela


Salam perjuangan

Dr Z

Thursday, June 23, 2011

aziz & enlarged occipital lymph nodes

Salam alaikum!

Semalam masa tengah bermesra dengan aziz, tetiba perasansesuatu kat belakang kepalanya. macam kacang. mula2 ingat kepala benjol(sebab dia terhantuk sikit semalam) Biase la umo aziz ni, umo kuat bergerak, & nak discover benda baru je. Satu benda tak best menjadi medical student: kite selalu akan fikir worst case scenario dulu! ni semua gara2 pbl! :p (contohye kalau baby demam, mule la start fikir, sebab meningitis ke?) adeh2. shuh2

oklah.jadi jalan seterusnye ialah dengan bertanya kepada mr. google yg hensem.hehe. cari punya cari, terjumpalah mende ni.
occipital lymph node kat belakang telinga


extractnye di bawah:

In children, lymph nodes enlarge or become more noticeable when the child’s immune system is working. Since the immune system filters the build up of old cells and germs the area around an enlarged lymph node should be checked for a break in skin integrity or an infection. (1) An enlarged lymph node in the child’s neck area could reflect that a child has a throat or ear infection. Enlargement of lymph nodes in the occipital region or at the nape of the neck could be due to a scratch on the child's scalp, Eczema, Seborrhea, Cradle Cap, a bug bite or Rubella ( German Measles). If your baby was immunized with the MMR vaccine("R" stands for Rubella) Rubella is not likely. Sometimes lymph nodes swell because there is a tick embedded under skin in that area. If you notice an enlarged lymph node at the nape of your child’s neck it is a good idea to inspect the head and scalp. Enlarged lymph nodes in a child should be evaluated and followed by your baby’s Doctor or Nurse Practitioner.

When babies are teething and put their hands in their mouth, they increase their risk of developing an infection. Repeatedly putting hands in your mouth introduces germs to the body from the environment. In some cases a baby can fight these germs on their own and in other cases the germs may be due to bacteria which would require medical intervention. Since your baby is putting his hands in his mouth he could have picked up a germ which is causing his lymph nodes to swell. Many times slight lymph node enlargement is a good sign that tells us that the baby’s immune system is working. It becomes a concern when the increased size persists, if it continues to enlarge or if a child develops other signs along with lymph node swelling. If your child develops fever, a stiff neck, pain, decreased activity level, decrease oral intake, vomiting, diarrhea, a red swollen lymph node, rash or fatigue you should bring him to the Doctor’s office for an evaluation.


Baca punya baca, ummu aziz pun merasa sedikit lega. so bukan lump la.. alhamdulillah..sebab aziz memang ada eczema, scratching his scalp.n he looovee to bite his hand! ok..semenanye saje je kongsi info ni..buat ibu2 di luar sana.

dats it! wassalam..

My ayah, my hero!

Salam buat semua. Anakku aziz yang hebat, anakku soleh! (doa ni).

Sedar tak sedar dah seminggu lebih tak update.adeh2 -_-" busyla konon :p rajin tengok update kwn2 bloggers je.menulisnye malas.hihi
Ape ye crite kali ni? Memandangkan hari bapa yang baru beberapa hari berlalu, saya nak bercrita pasal ayahla.

10 januari 1955, pada tarikh keramat ni la ayah saya dilahirkan.(belum merdeka lagi) ayah dilahirkan di jitra,kedah. Melalui liku2 hidup yang payah sejak kecil, ayah membesar sebagai seorang yang tabah dan penyayang. Ayah nak keluarganya menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah & rahmah.ayah tak nak anak2nya melalui apa yang dia lalui. Dats y we love him! Mucho!

Sekarang umur ayah dah 56 tahun.tak lame lagi pencen! Ayah nak pindah ke kedah semula.tempat tumpah darahnya. Miri, aku akan merinduimu :') eh tekeluar topik lak.

Ayah, selamat hari ayah! Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang mu. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasamu kepada anak2mu. Love you papito!

Hugs n kisses from manchester :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 13, 2011

Aziz's 7 month milestone

Assalamualaikum& salam sejahtera kawan2! Aziz dah mencecah umur 7 bulan pada 2hb jun yang lepas, tapi mamanya tak tulis2 lagi pasal perkembangan aziz kan?

Oleh itu,entry ini pun ditulis :-)

Anakandaku aziz alhamdulillah,masih exclusive breastfeed! :D sambil menyusu,tangannye akan mencari jari mamanye untuk di 'grasp'. Lepas tu baru aziz dapat menyusu dengan tenang.

Aziz dah tak hisap jari macam dulu dah. Die gigit je jari die ;)

Tahukah anda, bayi pun nak attention jugak, bukan org besar je. Aziz akan buat ape2 je untuk tarik perhatian mak ayahnye. Nangis, buat bunyi "dlet dlet dlet" atau " bwa bwa bwa", guling2, angkat punggung tinggi2(esesais ni) adalah antara aktiviti aziz untuk meraih perhatian kami (tu die tgh buatla tu). Lepas tu bile kite tengok + senyum kat die, daripada merengek, suddenly aziz bertukar wajah ceria :D

Selain tu, aziz dah pandai duduk tanpa sokongan orang lain(tapi kena bagi sokongan moral). Sekarang aziz masih dalam proses nak merangkak & berdiri. Kakinya ligat esesais, non stop untuk menguatkan muscle2 sebelum bersedia untuk ke next stage.
Sitting aziz!
Tahukah anda, growth hormone banyak dirembeskan semasa tidur? Jadi, tidur seorang bayi bukan tidur malas, bahkan sel2 badannya actively proliferate/membahagi dgn aktif! Lainla plak kalau org tua cam kite tidur. Badan makin membesar ke kiri & kanan :p

Aziz jugak dah kenal mama n babanya. Kalau mama atau babanya keluar dari bilik, dia pun stat menjerit! Stranger anxiety pun dah lame dah ade. Kalau org yg die x kenal pegang, die pun membukak mulut seluas2nye.hehe.

Itu sajelah nampaknye setakat ni. Daa daa!

wassalam.




Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 10, 2011

Cerita ceriti

Assalamualaikum kawan2 bloggers! Sebenarnya tak tau nak bagi tajuk ape. Saje nak share pasal pengalaman di negara orang. Kat sini, orang2 putih baik2 belaka. Sopan santun, hormat orang tua, baik hati, bersih dan banyak lagi. nak dikatakan semua akhlak mulia ada kat diorang. memang nampaklah akhlak islam di negara bukan islam ni.

Tapi..tu kalau nak tengok kat satu sudut je. Kalau tengok dari sudut lain, di sinilah tempat orang berhak menyuarakan "hak" mereka. Gay, lesbian, kecelaruan sistem keluarga, anak luar nikah semuanya biasa pada pandangan mata mereka. Arak judi, apetah lagi. memang tu je lah iklan dalam tv kat sini.

" _ko pakai tudung pun orang tak heran, ko gay pun orag tak kesah_"

kerana kebebasan bersuara ni!

Mak selalu cerita pasal omputeh ni. Mem2 ni, memang superwoman! semua anak diorang jaga seniri, buat kerja rumah seniri, tak guna khidmat orang gaji pun!

Kalau tengok jalan2 sini, mane de jem maca kat tengah kota raya kl.. sebab sistem pengangkutan yang efisyen. Kalau bas tu cakap pukul 2.03pm sampai, memang tepat2 la bas tu sampai. takde snooze2 macam kat malaysia. Jadi org lebih prefer naik pengangkutan awam daripada drive sndiri.

Lagi satu yang best kat negeri omputeh ni, kanak2ye comel2.hehe kidding2. parents kat sini sangat memberi perhatian kepada anak2nya. takde nak dengar diorang marah2 anak yang meragam kat tengah pasar. diorang layan je dengan sbar(tapi ni yg nampak di mata, taktaula kat umah cane)

Oklah dear bloggers readers! Have to go ow. Sayonara!

Wassalam..

Tuesday, June 7, 2011

Cloth diapering di negeri orang

Salam..rindu pulak nak bercerita pasal cd ni.

When I think about cd, I miss malaysia! Why? Sebab cuacanya yang panas & lembap sepanjang tahun!

Dah berada kat negara orang baru nak tau nikmat panas kat malaysia, sebab cd-ying is difficult here! Insert kena jemur 2hari baru kering. Kalau tak kering kena letak kat heater. Aziz ade 10 helai cd je.jadi memang tak dapat nak fully cd.

So instead of fully cdying in malaysia, aziz campur2 dd n cd kat sini. Niat di hati nak beli cd baru kat sini,tapi mengenangkan nak bawak balik nanti agak berat, harapanku berkubur di sini T.T takpe2 semuanya mesti ade hikmah kan?

So kepada kawanT di malaysia, syukurilah nikmat panas di sana.

Hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri!

Gtg!

Assalamualaikum wbt..

P/s; cd=cloth diaper
Dd=disposable diaper

:-)


Aziz main ngan cd nya di kuantan :-)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 3, 2011

Updating

Alhamdulillah, selepas beghape lama tak update belog ni, hari ni tangan digagahkan juga untuk menaip sedikit entry. (gagahla sgt ;p)

Today is a summer! Is it? Ataupun di ambang summer. Kerna mentari memancar begitu indah sekali! Tak seperti hari sebelumnya, tengok weather forecast, "its raining today", atau "its going to be windy today!" manusia2, dah dapat sejuk, nak panas. Tak penah nak bersyukur (my bad!)

Ok2..merapu banyak dah ni. Oleh sebab lame x update, tak tau nak start dari mane ni. Nak dipendekkan crite, ummu aziz dah berkunjung ke asda!hehe. (asda ialah kedai ala2 tesco n carrefour)

Baru pes time tengok buah2 yg xde kat mlsia macam bluebery, blackberry (mcm brand henpon la plak) cherry dan raspberry! Selame ni tengok jem je kan, akhirnya berpeluang utk bertentang mate dgn makhluk Allah ni. Subhanallah! Comey2 blako. Tapi walaupun excited, tak amik gmbo pun..nanti kene gelak ngan mat n minah saleh :p

Next story! Aziz anak mama sudah menjangkau umur 7 bulan! Alhamdulillah,semoga aziz menjadi anak yang soleh dan musleh!

Gambarnye tak dapat nak diupload dulu, sebab i'm blogging gune henpon.gambar dalam kamera. Nanti kite upload lenkali insyaALLAH. ummi n ayah sabar ye, nanti kite upload gambar aziz.

Ok dats it!

Wallahua'lam

Peace from manchester ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...