Friday, April 29, 2011

si baju merah

Kepada semua peminat setia AZiz (perasan :p)

Takdelah, kepada Paksu samel, umi ngah ti, wa apiq, paklang yol (ni belah mama) ,

& ngah pikah, wa mau, udak fafa n usu fattah (belah baba)

TAk lupa kepada nenek2 n atuk2 yang Aziz sayang..

this is me! The latest one. Baru 2 minit yg lepas tangkap gambar..Miss u all! 2 hari gik umo aziz 6 bulan. Mok adiah! (hehe kidding)

Doa mama baba lulus exam k, smua! We miss u all!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 26, 2011

Award dari Ummu Muhammad


Ummu Muhammad bagi kite award.. time kacih daun keladi ye!

7 perkara tentang Ummu Aziz (just call me zed)

1. Baru habis endblock exam utk 2nd year pagi tadi.. My last endblock exam for this year hopefully.. Doakan ummu aziz tak fail ye!

2. Kawan2 UIA panggil saya Zed, Kak Zed, Kajed. Kat rumah family panggil Kak Chik or Zedah or Jedot. Kat blog orang panggil saya Ummu aka Mama Aziz!

3. Saya ada seorang anak.Baru sorang ok! Namanya Aziz :) Aziz dah nak masuk 6 bulan. Aziz anak soleh!


4. Saya berkahwin semasa belajar undergraduate, 1st year di UIA, & dapat anak masa 2nd year. I'm a studying mama!! (full time student & 'mama' ing)

5. Cita2 saya nak bukak nursery yg mengajar baby & kanak2 mengaji & menghafal quran.

6. Saya sayang mak ayah saya!!

7. Kena study hard lagi sebab 2 minggu lagi pro exam :(

thats all.. semenanye kena tag lagi 15 org utk dpt award ni, tapi kna tag lenkali la..got 2 go now!

_PeacE_

Thursday, April 14, 2011

Kids are expensive?

Memang betul, anak ni mahal. Tapi tu kalau kita kira guna matematik DUNIA.. Kenapa tak tukar ejaan DUNIA tu kepada AKHIRAT?

Menurut matematik dunia, kos untuk membesarkan sorang anak ialah lebih kurang $200,000 (sampai umur anak 17 tahun). kalau convert kepada RM, nak2 RM600000 ++ . Boleh beli berapa bijik rumah dah tu.. Jadi ramaila orang yang takut nak beranak ramai2, takut tak cukup duit ek.

Cuba tengok apa kata Allah;

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya).
( Al-An'am ;151)

Allah cakap lagi;
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Cuba hang darab sikit, 600000 x 7 x 100 = ?
tak cukup jari nak ngire nye. Banyak tu..

Tak miskin nyer, org beranak ni.. Allah mesti akan bagi rezeki tang mana2, tinggal nak cari je. Kita pun selalu misintepret rezeki ni sebagai materialistik ,money, watsoever la!

Anak yang soleh pun rezeki, keluarga yang bahagia rezeki, n macam2 lagi(anda ingin tambah?) Jadi jangan lah takut nak beranak sebab takde duit.. Setiap orang ah lahir ke dunia ni dengan rezeki diorang.Kita pun sama.

Jangan nak cakap, "Si tuuut tu kaya lah, aku ni selalu takda duit je, Allah tak adil la" Amboi3, sedapnya mulut.. Memangla si tuuut tu kaya. Kita takde duit. Tapi mesti Allah dah lebihkan rezeki kita kat memana, maybe diorang kaya, tapi tak bahagia.tak sihat. Banyak masalah.

Sayangilah anak anda! Mereka bukan beban, mereka anugerah!

~Peringatan buat si penulis ~

Monday, April 11, 2011

MY LITTLE CALIPH CONTEST

Jum join contest ni! Klik kat bawah :


Abdul Aziz Al-Hakim, mama panggil Aziz je. "Aziz,mama nak tanya ni,apa cita2 Aziz?"
Cita-cita tu maksudnya apa mama?

mama :Apa Aziz nak jadi kalau Aziz dah besar nanti..?


Oh.. Aziz nak jadi anak soleh! Boleh tak mama?


mama: Boleh sayang.. Nanti doakan mama & baba kalau kami dah takde kat dunia ni ye,sayang?
Insya Allah.. Sayang mama & baba..


Hehe..ni dialog tipu2 antara mama dengan Aziz,.. Apa lagi mama nak harapkan dari seorang anak? Kalau Aziz jadi doktor pakar ke, bussinessman yang berjaya ke, jurutera yang famous ke, banyak mana pun duit Aziz, mama tak boleh bawak masuk kubur pun. Tapi yang sangat mama harapkan, semoga doa Aziz sampai kepada mama & baba kalau kami dah mati nanti. Ala, tapi ni bukan cita2 kan?

Okla.. mama nak Aziz jadi apa2 yang Aziz nak. Jadilah doktor, seorang doktor yang merawat pesakitnya kerana Allah. Jadilah arkitek, arkitek yang mereka design bangunan yang bermanfaat untuk semua orang. Jadilah guru, guru yang mendidik anak bangsa untuk menjadi hamba Allah yang taat. Jadilah peguam, yang menegakkan keadilan di atas muka bumi ini. Kalau Aziz nak jadi apa-apapun, mama tak kisah, asalkan Aziz bawa sekali Al-Quran & sunnah dalam hati Aziz. Mama nak Aziz menjadi mujahid, yang niat hidupnya antara dua, menang di medan juang, atau syahid di jalan Allah!

Boleh tak sayang? Semoga hidup Aziz sentiasa mendapat keredhaan Allah. Doa mama sentiasa bersamamu, anakku sayang!

Sayang Aziz!

Saturday, April 9, 2011

mama Aziz & Al-Quran


Salam.. Saya tengah semangat nak menulis blog la plak 2,3 hari ni.. Alahai, time nak dekat exam ni la menggatai nak nulih..takpe2, nak tulis ckit je..

Pagi ni, terbaca di blog ni pasal si cilik yang menghafaz quran..penghafaz cilik berusia 3 tahun, dah hafal 30 surah al-quran..Pernah masuk dalam suratkhabar tahun lepas (mase tu mama mengandung 7bulan)..

Adik Darwisya & Darwish dah start mengenal huruf mase umur 6 bulan! subhanallah.. Aziz baru nak masuk 6 bulan, jadi mama Aziz sangat bersemangat nak Aziz belajar huruf hijaiyah jugak!! (berkobar-kobar nih :D) Mengikut pengalaman mak Darwisya, Die start ngaja Darwisya mengenal flashcard mase umurnya 6bulan.

gambar dicilok dari sini (mintak izin ye, Ummu Muhammad)

Jadi mama dengan tak sabar2, terus pergi ke blog http://linakarim.com/shopping_cart_6.html# utk tgk n beli flashcard ni, sekali ngan VCD n buku Al-Furqan.. (semangat nye cik kak). Takpe keluar duit sikit, utk pelaburan anak.

Menurut mak Darwisya lagi, (banyak nye amik ayat org :p) kalau kanak2 berumur 4-5 tahun dah tengok macam2 kartun yang best (mcm doraema mon, pokemon, gapo2 lagi) , diorang akan kurang berminat ngan lagu2 kartun belajar huruf quran ni. Jadi mase otak baby masih belum tercemar dengan kartun2 tah pape ni, bagi la diorang dengar n tengok lagu2 alif ba ta yang comel2 tu. Kalau anak dah sayang quran sejak kecik lagi, insya Allah senang nak hafal Quran.

Nak tau lebih lagi pasal ni, tgk la blog ni

Jadi seruan buat semua ibu2(huhu macam la den ni bpgalaman sgt), bagi la anak2 kite cinta ngan Quran ni. Time free pasang la CD Quran daripada pasang tv(nak rilek pun, jgnla korbankan anak ye (T.T sory aziz))
Mari kita sama2 bina generasi Al-Quran!

Love this quote;
THE QURAN IS PROTECTED BY GOD..

NOT IN PIECES OF PAPER, BUT IN THE HEARTS AND BRAINS OF MUSLIMS!

Friday, April 8, 2011

Saturday night babbling


"Aziz minum susu tepung tak?" tanya sorang kawan nih. Bukan sorang, banyak orang dah tanya.

Mama Aziz jawab, "tak, susu ibu je..Kalau aziz lapar pun, x nak kasi susu tepung."

Jahat tak jawapan saya.. Bukannya mama kedekut duit tak nak beli susu tepung aziz, tapi mama kedekut bagi aziz minum susu lain.Jeles tau. setiap mak mesti nak bagi yg terbaik utk anak kan?

Siapa cakap menyusu anak murah.. Mahal tau kosnye.. Harga electric breastpump dah beratus, dengan botolnya lagi, sterilizer, peti ais( i'm exaggerating ok :P) Bezanya kalau susu tepung, kena keluar duit tiap bulan. Kalau susu ibu keluar duit sekali je, tapi banyak. Haa.. jadi buat kawan2 yang merancang nak beranak, plan ur money ok.

Mak cik saya selalu cakap, cabaran sebenar lepas berkahwin ialah lepas beranak. Dengar tu kawan2, semua orang ingat kahwin ni sweet je, cam citer fairy tales la ye. Adelah rase cam cinderella, tapi bila dah beranak, macam2 benda nak diuruskan tau. Bukan cam jaga kucing or hamster. Kena ada kerjasama dari both husband n wife.. So bak kata Dr. Norsidah, "its not applicable to everyone, jadi jangan beranganlah ye" hehe kelakar je ayat doc.. baru tau yg dia kahwin time belajar jugak.

Takut tak dengar cerita saya ni?jangan takut nak kahwin pulak.. Kalau dah sampai seru tu, kahwinlah.. Cabaran n ujian tu biaselah.. Baru Allah dapat uji utk tgk,siapa hambaNya yang bersyukur / kufur..

Last wordsss from me(banyak lg words ni), tempuhilah semua ujian dengan sabar.. Kite selalu misinterpret ujian tu, sebagai benda buruk yang berlaku kat kite.. Tau tak, kesenangan & nikmat pun adalah ujian.. Adakah kita hamba Allah yg bersyukur?? renung2kanlah..

wallahua'lam.

~Aziz tengah tido~

Monday, April 4, 2011

A 5-months-old me



Aziz dah masuk 5 bulan! Saya dah besar kawan2!! Berat saya 7.1 kg, panjang saya 69 cm. Hari ni nurse inject saya.. Saya tak nangis pun. Sebab saya nak jadi kuat!


tengok kebolehan saya..Saya dah pandai mencapai barang!


Saya suka gigit tangan saya. Babah tanya kawan2 dentist, diorang cakap tu sign of teething..


Kawan2,tak lama lagi gigi saya tumbuh.yeyey!



Mama x suka tengok Aziz gigit tangan, so mama bagi Aziz gigit teether



Penatla gigit mende ijau ni mama..

Ok kawan2, saya dah penat menggigit..nak tido dulu(@.@)


*Kak Fikah, tok gambar kitak ngan Aziz riya!

Wif my lovely ngah:) Kirim slm ngn neneks, wa mau, udak fafa n usu fattah k,ngah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...