Thursday, February 10, 2011

Breastfeeding?

Bismillah..

Rasanya nulliparous women yg sopan mesti segan dengar pasal ini breastfeeding kan? Bagi kami, mak2 yang ada pengalaman breastfeeding ni(walaupun baru 3 bulan :p), it is quite an interesting topic & lengai je kalau dengar psl benda2 gini dalam class.hoho(kawan2 yg belum kawen plak ter'blush2' :)

Dulu masa mengandung, memang dah berhajat nak fully breastfeed(bf) anak-anak.(Walaupun baru ada sorang) Dah ada baby, baru merasa senang ke susah nak bf ni (dush2!) Susah jugak ghopenye..(Actually x la susah mana)

Jom dengar saya bercerita. Aziz suka menyusu!! Tapi dengan mak dia je.. Kalau hantar kat babysitter, setoet je, alahai sikitnye dia minum..Bila mak dia amik dari babysitter, mula lah buat muka comel2, suara manja2, mintak susu.hihi i like :)

Dengar cerita kakak2 yang bekerjaya & breastfeed expressed breast milk (EBM) @ susu yg dipam & disimpan, macam2 ada..Memang tabik spring ngan diorang yang bekerjaya & fully bf baby smpai 2 tahun.. Tahniah!! Semenanye, bukan senang nak mantain supply ebm ni. Lagi2 bagi yang selalu outstation. Alhamdulillah la sekarang masih student, & x pergi outstesen mana2 :) Klu pegi, insya Allah bawak Aziz(Aziz pun melompat kegumbiraan :D) Nak tahu kenapa susah? Buat kawan2 yg nulliparous,bersedia lah!

Dulu.. ingatkan susu ni sentiasa ada. Kalau pam je, dapat la banyak mana yg kita nak. Ingat susu macam air paip ke(Kallaa..tidak sama sekali!) Susu akan keluar ikut demand dari baby. Kalau baby kuat nyusu, banyak lah supply nye.. But if no demand, no supply la meyh. Selalunnya dalam 2 jam sekali susu akan refill.Baby especially yang baru lahir memang kuat nyusu (Aziz lah, tak tau baby lain macamane) Setiap 2 jam, dia akan bangun dari peraduan dan minum santapannya(bukan santan :p) Tapi waktu penyusuan ni akan berubah dari semasa ke semasa (ekot selera baby lah kan) :)

Setelah collect beberapa nasihat orang yg lebih berpengalaman, ni antara cara untuk mantain supply susu:

1. Minumlah susu :p Sebab badan nak buat susu yg mgandungi kalsium, jadi kita kena minum kalsium banyak2 la..Kalau tak, tengoklah nenek2 kita. Tulang rapuh, gigi luruh :) Sebab masa mengandung & menyusukan anak, habis anak2 sedut kalsium diorang( jadi jgn menderhaka kat mak korang ye..besar pengorbanan diorang) Ada orang cakap minum susu kambing bagus. Ada la jugak try Hi-Goat (keluaran HR). Ok la jugak utk milk supply ni.

2. Jaga waktu makan!! Strictly!! Kalau terlepas makan especially malam, mulalah menunjukkan sindrom kurang susu ni.. Tak payah fikir nak diet2 time bf ni.. Kalau kita makan, badan kita gunakan food tu utk buat susu, bukan lemak ok! (myb ada sikit la) Tapi insya Allah
body x naik.

3. Minum air masak banyak2.. Susu kan air, so kalau tak cukup minum air, susu tetap akan dihasilkan, tapi badan si ibu akan mengalami kekeringan @ dehydration..

4. Makan extra banyak. (Eat for 2! hehe betol ape..) Semananye makan kena berpada2 la.. Ikut sunnah, berhenti sebelum kenyang, & makan bila lapar. Time bf ni, memang cepat lapar.. grrr.. Yang terbaik, makanlah yang halal & baik (halalan toyyiba).

5. Kena pam frequently, & not infrequently & banyak2 sekali pam. So kalau kerja or class sampai petang & x sempat nak balik rumah, kenalah bawa manual breatpump(senang nak diangkut,letak je dalam handbag) or electronic punya( kalau ringan no problem). So skrg nak promot breastpump plak. My manual breastpump is.. Tommee Tippee manual breastpump
(comel kan nama dia).



alahai kociknye gambar








Komen: Best..sekejap je nk express breast milk (time tgh banyak la). Setakat ni no problem la. alhamdulillah :)

My electric breastpump plak..Spectra 3 double breastpump.




Taraaa..!




Memang agak gedabak, tapi berpuas hatila setakat ni.. Harga reasonable & long life span. Bunyi pun x kuat. Sweet je :)





Abah bagi Aziz susu





"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." (al-baqarah, 233)

Aziz tengah tido.. X lama lagi bangunlah tu. SO got to cekout da.. Wassalam..

2 comments:

nurliyana said...

kak zed, yana rindu la kat aziz..huhu...salam peluk cium yana kat die eh..rindu die..muah3x

little khalifah said...

tadi dah jumpa aziz kan?ilang rindu blom?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...