Friday, December 31, 2010

Review 2010

Sedar tak sedar dah menjenguk ke tahun 2011.. Selamat datang tahun baru. Makin meningkat usia dunia ni, & makin dekatlah menuju Hari Kiamat. Kita yang masih hidup ni pulak, semakin dekat nak masuk kubur. Cukuplah mati sebagai peringatan..

Jum review balikperistiwa penting(yg ingat je la..) tahun lepas..

Family matters:
Dapat 3 cousin baru!



Abdullah Faqih bin Mohamad Ami
Abang Khair..err tak ingat full name la..sory baby..
Amru Al-As bin Mohamad Kamal
EH SALAH, Abang Khair je la yg lahir tahun lepas..:) yang lain dah setahun lebih.

Dapat kakak baru!
Dayangku Nurhanis bt. Awangku Arni
Barakallahu lakuma kak, n Tahniah Abang Sapiq!



& yang paling best,

dapat anak baru!! (a whole new experience gak!)

Abdul Aziz Al-Hakim b. Ahmad Fikri
Sekarang Aziz dah pandai borak2, walaupun bunyi "aa,oo,mmm" je :)
tu dah bunyi tu.. Mama's coming Aziz!
Sayang Aziz!

Study plak..
Dah masuk 2nd year MBBS! Another 3 more challenging years insyallah..
Adik bongsu pun dah habis form 5 tahun ni. Umi & ayah dah boleh goyang kaki minum kopi jaga cucu :)

Apo lagi lah ye? dah washout dari ingatan rasanya.. Macam2 semenanye..Nak tulis sini memang tak muat(smenanye x ingat.sejak putus byk urat lepas beranak kot, many things pun lost from memory gak :p)

Itulah manusia ni. Yang disuka, cerita org kawen, baby baru lahir,bla bla bla..

sampai lupa pada 1 last thing yang perlu di review (i repeat,TAPI KITE SLALU LUPE)..

macam mana iman & amal tahun lepas? (iman terserlah dari akhlak seseorang..Akhlak plak, sumthing good which comes out spontaneously, bukan buat2 or kena fikir 2 3 kali b4 nk buat, eg. nak tolong org tua melintas jalan, family or kawan2 yg tgh problem.. kna fikir dlu x?)

I think I have to think dulu la.. :( what a bad me):


HOW ABOUT YOU??

Friday, December 17, 2010

Aziz & CD nya!

Assalamualaikum wbt. Hari ni Aziz dah masuk hari ke-47. Alhamdulillah dah semakin besar & sihat..

Aziz dah pandai senyum, tapi senyum kat orang lain je.. Balik rumah dia x nak senyum. Atuknya cakap, sebab dia marah kitorang tinggalkan dia time pergi kelas..Kesian kat Aziz. Tapi Aziz kena berkorban lah kan? Aziz kan anak soleh.. Mak ayahnya pun berkorban gak,rindu sangat kat Aziz masa pergi kelas.

Haa, blog ni dah jadi blog Aziz dah :)
Sekarang Aziz dah start pakai CD! a.k.a Cloth diaper @ lampin moden.. X nak pakai 'pampers' a.k.a lampin pakai buang dah.. Banyak kelebihan CD ni, ringkasnya, jimat kos(sebab lampin ni muat untuk baby 3kg-18kg,& boleh pakai utk 2nd, 3rd child gak, & x payah beli pampers!), baby x kena ruam lampin @ nappy rash, senang nak dibasuh, baby mudah nak belajar membuang kat tandas @ early potty training. Utk maklumat lanjut, klik sini.klik sini pun bleh gak

Ni contoh2 CD yang Aziz pakai. Semuanya comel2!
Sekarang ni, maknya plak yang tergila-gilakan CD ni. & kepada kawan2 yang ada baby, bolehla try guna CD ni. InsyaAllah berpuas hati. Semua CD Aziz maknya beli kat Little Whiz.
Buat kawan2 yang berminat, bolehla jenguk kat sana or website lain. Ada yes(year end sale!)

wAllahua'lam..( ",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...