Thursday, November 25, 2010

_Permata Hati_Penyejuk mata_ya habibi_ya bunayya_

Seperti yang dijanjikan, apa2 perkembangan baby nak direpot kat blog ni..

The story begins..

Tepat 8.52am, 2 November 2010, menangislah si kecil ni buat pertama kalinya kat dunia ni. Alhamdulillah.. Beratnya 3.63kg, muka baru lahir kembang2 je, maklumlah duduk kat dalam amnotic fluid je 9bulan ni kan.Ni gambar Aziz dengan neneknya 3jam lepas dilahirkan.Hari ke 10 nurse datang rumah timbang baby, naik jadi 4.1kg. Hari ni dah hari ke 25, tak tau la plak berapa kg dah. Makcik pakcik, nenek atuk sekalian , inilah saya! Abdul Aziz Al-Hakim b. Ahmad Fikri.

Kepada kawan2 yang nak datang rumah tengok baby, mintak maaf sangat2, cannot entertain u all buat masa ni, al-maklumlah, rumahnye x berapa nak besau, ibunya plak masih dalam pantang n x berapa nak sihat sangat. Tunggu semua benda dah settle & semua ok, nant kite buat open house ye. Kalau tak pun, bawak baby pergi kelas je lah. tengok kat kelas je. Hihi.

Rasulullah menyifatkan anak sebagai penghalang daripada turunnya azab;
"Kalaulah tidak kerana hama-hamba Allah yang rukuk & anak-anak yang menyusu & binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu" -al-Sayuthi-

& baginda mengibaratkan kewujudan mereka sebagai sebab kemuliaan & keagungan ibu bapa mereka;
"Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu" -at-Tabrani-

& Nabi juga menyifatkan anak-anak sebagai angin dari syurga;
"Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga" -at-Tabrani-

Wallahu a'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...