Friday, December 31, 2010

Review 2010

Sedar tak sedar dah menjenguk ke tahun 2011.. Selamat datang tahun baru. Makin meningkat usia dunia ni, & makin dekatlah menuju Hari Kiamat. Kita yang masih hidup ni pulak, semakin dekat nak masuk kubur. Cukuplah mati sebagai peringatan..

Jum review balikperistiwa penting(yg ingat je la..) tahun lepas..

Family matters:
Dapat 3 cousin baru!



Abdullah Faqih bin Mohamad Ami
Abang Khair..err tak ingat full name la..sory baby..
Amru Al-As bin Mohamad Kamal
EH SALAH, Abang Khair je la yg lahir tahun lepas..:) yang lain dah setahun lebih.

Dapat kakak baru!
Dayangku Nurhanis bt. Awangku Arni
Barakallahu lakuma kak, n Tahniah Abang Sapiq!



& yang paling best,

dapat anak baru!! (a whole new experience gak!)

Abdul Aziz Al-Hakim b. Ahmad Fikri
Sekarang Aziz dah pandai borak2, walaupun bunyi "aa,oo,mmm" je :)
tu dah bunyi tu.. Mama's coming Aziz!
Sayang Aziz!

Study plak..
Dah masuk 2nd year MBBS! Another 3 more challenging years insyallah..
Adik bongsu pun dah habis form 5 tahun ni. Umi & ayah dah boleh goyang kaki minum kopi jaga cucu :)

Apo lagi lah ye? dah washout dari ingatan rasanya.. Macam2 semenanye..Nak tulis sini memang tak muat(smenanye x ingat.sejak putus byk urat lepas beranak kot, many things pun lost from memory gak :p)

Itulah manusia ni. Yang disuka, cerita org kawen, baby baru lahir,bla bla bla..

sampai lupa pada 1 last thing yang perlu di review (i repeat,TAPI KITE SLALU LUPE)..

macam mana iman & amal tahun lepas? (iman terserlah dari akhlak seseorang..Akhlak plak, sumthing good which comes out spontaneously, bukan buat2 or kena fikir 2 3 kali b4 nk buat, eg. nak tolong org tua melintas jalan, family or kawan2 yg tgh problem.. kna fikir dlu x?)

I think I have to think dulu la.. :( what a bad me):


HOW ABOUT YOU??

Friday, December 17, 2010

Aziz & CD nya!

Assalamualaikum wbt. Hari ni Aziz dah masuk hari ke-47. Alhamdulillah dah semakin besar & sihat..

Aziz dah pandai senyum, tapi senyum kat orang lain je.. Balik rumah dia x nak senyum. Atuknya cakap, sebab dia marah kitorang tinggalkan dia time pergi kelas..Kesian kat Aziz. Tapi Aziz kena berkorban lah kan? Aziz kan anak soleh.. Mak ayahnya pun berkorban gak,rindu sangat kat Aziz masa pergi kelas.

Haa, blog ni dah jadi blog Aziz dah :)
Sekarang Aziz dah start pakai CD! a.k.a Cloth diaper @ lampin moden.. X nak pakai 'pampers' a.k.a lampin pakai buang dah.. Banyak kelebihan CD ni, ringkasnya, jimat kos(sebab lampin ni muat untuk baby 3kg-18kg,& boleh pakai utk 2nd, 3rd child gak, & x payah beli pampers!), baby x kena ruam lampin @ nappy rash, senang nak dibasuh, baby mudah nak belajar membuang kat tandas @ early potty training. Utk maklumat lanjut, klik sini.klik sini pun bleh gak

Ni contoh2 CD yang Aziz pakai. Semuanya comel2!
Sekarang ni, maknya plak yang tergila-gilakan CD ni. & kepada kawan2 yang ada baby, bolehla try guna CD ni. InsyaAllah berpuas hati. Semua CD Aziz maknya beli kat Little Whiz.
Buat kawan2 yang berminat, bolehla jenguk kat sana or website lain. Ada yes(year end sale!)

wAllahua'lam..( ",)

Thursday, November 25, 2010

_Permata Hati_Penyejuk mata_ya habibi_ya bunayya_

Seperti yang dijanjikan, apa2 perkembangan baby nak direpot kat blog ni..

The story begins..

Tepat 8.52am, 2 November 2010, menangislah si kecil ni buat pertama kalinya kat dunia ni. Alhamdulillah.. Beratnya 3.63kg, muka baru lahir kembang2 je, maklumlah duduk kat dalam amnotic fluid je 9bulan ni kan.Ni gambar Aziz dengan neneknya 3jam lepas dilahirkan.Hari ke 10 nurse datang rumah timbang baby, naik jadi 4.1kg. Hari ni dah hari ke 25, tak tau la plak berapa kg dah. Makcik pakcik, nenek atuk sekalian , inilah saya! Abdul Aziz Al-Hakim b. Ahmad Fikri.

Kepada kawan2 yang nak datang rumah tengok baby, mintak maaf sangat2, cannot entertain u all buat masa ni, al-maklumlah, rumahnye x berapa nak besau, ibunya plak masih dalam pantang n x berapa nak sihat sangat. Tunggu semua benda dah settle & semua ok, nant kite buat open house ye. Kalau tak pun, bawak baby pergi kelas je lah. tengok kat kelas je. Hihi.

Rasulullah menyifatkan anak sebagai penghalang daripada turunnya azab;
"Kalaulah tidak kerana hama-hamba Allah yang rukuk & anak-anak yang menyusu & binatang ternakan yang ada nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu" -al-Sayuthi-

& baginda mengibaratkan kewujudan mereka sebagai sebab kemuliaan & keagungan ibu bapa mereka;
"Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah keluarga itu" -at-Tabrani-

& Nabi juga menyifatkan anak-anak sebagai angin dari syurga;
"Bau kanak-kanak itu adalah daripada bau syurga" -at-Tabrani-

Wallahu a'alam

Friday, October 22, 2010

..menghitung hari..

Hari ni 23 Oktober 2010. My expected date of delivery atau org suka sebut 'due date' plak 28 Oktober 2010. Buat kawan2 yg belum tau, due date ni bukannya tepat sangat. 5% drpd baby2 di dunia ni dilahirkan tepat pada due date yg doktor selalu bagi tu. Biasanya baby keluar either awal sikit or lewat sikit. Jadi kita x bolehlah nak agak bila baby nak keluar kan?


Nervous la jugak, sebab tak tau bila baby nak tengok dunia ni. Kena sentiasa bersedia la nampaknya. Beg baby n beg mak baby dah stand by letak lam kereta dah. Kepada kakakku Kakti, n adikku Shamiel, happy becoming befday (kakti 25 Oct, shamiel 28 Oct). Kalau baby tu sayang mak sedara yg sorang ni, keluar la sama date ngan die ye! (^^) Kalau sayang bapak sedara, keluar la ikut due date yg doktor bagi tu <^.^>

Gambar kat atas ni muka baby yg kitorang scan kat IIUM women health centre masa umur dia 29weeks. Nanti dah keluar kita tengok sama x ngan gambar ni k! :)

Kepada kawan2, mintak korang doakan semoga semua urusan baby ni dipermudahkan.. Kita merancang, tapi Allah yang tentukan the rest. Mintak ampun maaf kalau tersilap salah selama kita berkenalan. <> Any updates pasal baby, insyaAllah akan dipos ke blog ni. (memandangkan facebook account dah deactivated)

Nampaknya sampai sini je lah nak menaip hari ni. Doa daripada sahabat2 amatlah dihargai. Jazakumullah khairan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...