Tuesday, May 26, 2009

home~sweet~home



Alhamdulillah, akhirnya aku berada di rumahku yang tercinta di Miri, Sarawak..
A place like no other..



Inilah Miri!
Kamek tok, semenanya dah lamak teringin nak kaka sarawak lam blog tok.. hehe
So kwn2 ku, mari membaca bahasa sarawak!

Firstly, mek mok cita psl pusak.
Kamek penah ngaja kawan kamek pusak=kucing, reaksi daknya, tetak n ngutok..
Kecik na ati tym ya.. nya pdh ptok,
"dah kacak kucing, nya tunggah pusak, kedak bunyi apa jak"
Kamek x penah nganok bahasa daknya pya bah. Sebagai penduduk di multiracial country tok, pelu ada respect, n tolerance. Perlulah menghargai kevariasian bahasa & budaya, instead of ngutok o..
Tok sebagai luahan ati kmk la..
Buat nok terasa ati ya, kmk mintak maap.. bukan ngutok tok nak?kmk pdh depan ktk tok.. p myb ktk x pahamla =)

Ok.. kita proceed to the next topic.
Kmk d uia nun, dlm 1 sem (5 bulan), kmk akan balit miri sekali o 2 jak. Kawan kmk nok diam di semenanjung, walaupun di pantai timur( nok daknya padah jaoooohh ya), at least akan balit sebulan sekali la..
& kmk pernah beberapa kali merasa beraya di perantauan. Nang sedih mena la. p nak molah gne la o..
Ceritanya ptok,
kwn kmk nok diam 'jaoh' tok, mun x balit sebulan ka, stat la pdh, indula kampung. lamak x balit. then next week, daknya pun balit umah. Daknya x penah paham perasaan org yg sgt jaoh kdk kmk tok tym daknya madah pya. Kmk dah salu nangis nenga dialog pya. Daknya bok x balit sebulan, dah bisin. Kmk yg jumpa mak bapak beberapa kali jak setaun tok, gine la rasa dlm ati o..
Sometimes, daknya pdh, kmk dh biasa diam jauh2. X sedih dah.. p lam ati kmk, Allah jak tauk rinduunya kmk ngn kampung tercinta tok.
-end of this topic-

Moral daripada 2 crita tok,
1. Kita rakyat Malaysia nang berbilang bangsa. Negeri jauh2, apa gik budaya nk?
Jadi kita perlulah menghormati adat satu sama lain asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islamiyyah. Janganlah merasa "negeri aku maju, negeri kau mundur". How could you say that to the place that you have never been to? Jangan sampai buah mulut kita menjadi fitnah kepada orang ramai.. Sahabat saya pernah bercerita, seorang nenek mengutuk, menyumpah dirinya apabila tahu dia ialah orang Sarawak. What's the point there? Apa yang selalu saya dengar sekarang, Sarawak ialah tempat yang penuh dengan ilmu hitam. Orang Sarawak tinggal di rumah panjang. Orang Sarawak bercawat, dan menyumpit binatang liar di hutan. (Sorry for being kinda emo here)

2. X semua orang suka bercerita masalahnya kepada orang. Saya termasuk dalam kalangan mereka. Sebagai seorang Muslim, (at least as a human being), kita mestilah bercakap apabila perlu sahaja! Semakin banyak seorang bercakap, semakin banyak dosa. Kalau diam, at least dapat kurangkan dosa tu. Cuba untuk tidak bercakap perkara yang boleh melukakan hati orang atau perkara yang tidak pasti kesahihannya(pesanan buat diri sendiri juga).

Lastly, saya nak minta maaf kepada yang terasa hati, memang tulisan kali ini agak tajam dan pedas. Tapi niat di hati hendak menegur dan meluahkan perasaan.. (Arrgggh)
Kalau saya ada buat salah, janganlah segan2 tegur k.. (Nobody's perfect except Allah)

Friday, May 8, 2009

coretan hatiku

assalamu'alaikum warahmatullah..

Gedebukk!! Terasa beban menghentak kepala otakku.. Ruginya.. Sekarang rakan-rakanku yang lain mesti sedang mendengar talk di Lecture Hall B.. Sharing moments oleh senior 4th year medic dari Kuantan. Rugi, rugi, rugi.. Nak pergi sekarang, macam dah lewat.. Wah,hatiku berbolak-balik.. Nak pergi, kawan takde.

Jadi aku mengambil keputusan utk duduk diam di dalam kamar 226b ku ini.
Aku pun sign in.. Dah lama tak menulis blog.. Sedihnya.. (Walaupun aku tahu takde orang nak baca blog ni, aku baca.. tak mengapa.. nak tulis gak!!!)

Ummi & ayahku kini berada di Sibu. Transit semalam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Miri.. Ayah, ummi & kakti baru pulang dari Kuching setelah seminggu berada di sana..(busynya mereka..) Semoga selamat sampai esok!!

Dan hatiku baru saja digerakkan untuk membuka blog usang ini, selepas membaca blog Kaktiku sayang.. Tidakku sangka, rupanya kakakku pandai bermain bahasa & agak ramai pengikut blognya..(hehe i tumpang bangga) Tahniah Kakti.

Dan tadi, secara rasminya kelasku di semester pendek ini berakhir. Berakhirnya kelasku bermakna berakhir sudah pengajianku di CFS IIUM (@org panggil matrik UIA) ni.

Minggu depan,kami semua akan menghadapi final exam. Sesungguhnya semester inilah semester yang paling menyentuh hatiku (walaupun sem ni ialah sem paling pendek). Mengenali lecturer yang mantap, (Dr. Kabuye, Dr. Na'aman,Dr. Suleiman & Bro. Tijani) saja dah membuka mataku.. Alangkah kerdilnya diri ini.. Betapa mereka adalah pelapis ilmuwan Islam, boleh memberikan hujah dengan sekuat-kuat hujah (al-Quran &hadith) apabila ditujukan soalan2 menguji minda. Terima kasih cikgu! Rupa-rupanya Dr. Suleiman boleh bercakap dalam 5 bahasa. Bahasa Arabnya sangat power!! Dan beliau juga pandai berbahasa melayu (walaupun berasal dari Ghana) woww!!

Begitu hebat orang Islam.
Bagaimana dengan diriku?
Bolehkah kita menjadi hebat seperti mereka?
Mengapa tidak?
Allah telah mengurniakan otak yang sama kepada seluruh manusia.
Tiada beza antara struktur otak mat saleh, dengan otak orang arab, ataupun orang melayu.
Kita semua manusia. Yang berbeza, cara kita menggunakan otak. Otak,otak...

Rakanku baru menghantar sms. Lecture Hall B penuh! Wah.. jarang berlaku.. Mungkin aku memang tidak ditakdirkan untuk berada di sana. Mungkin adalah lebih baik untuk aku duduk di dalam bilik ini. Kalau aku berada di sana, mungkin aku dah berdengkur =) Tak mengapa, akanku menanyakan pendapat rakanku mengenai talk tadi. Thank you Allah.. Memang di sebalik semua yang terjadi ada hikmahnya.

Mungkin ramai orang tak faham falsafahku @ bebelanku di atas.. Tak mengapa, aku menyedari kelemahan hatiku ini..

Terima kasih Tuhan! Kau jadikan hati ini lemah, supaya aku sentiasa mencari rahmat dan kasih sayangmu. Kau tumpahkan ujian ke atasku supaya aku tidak leka dan riak dalam perjalanan menuju destinasiku.

Memang benar, seseorang kadang-kadang perlu jatuh ke lembah dosa sebelum mendapat hidayah dari Allah. Umar al-Khattab sebelum memeluk Islam, seorang yang sangat kejam dan digeruni.. Tetapi lihatlah sumbangannya kepada agama ini selepas mengucap kalimah "La Ilaha Illa Allah". Kita bukannya maksum. Tapi pelupa. Manusia memang lupa.

Ummi ayah, ampunkan dosa anakmu ini. Kakti & Kirul, aku tahu aku telah menghancurkan hatimu atas kesalahan lampauku. Semoga Allah mengampuni kealpaanku.

Sesungguhnya, Allah lah yang membolak balik kan hati kita Bersyukurlah di atas hidayah-Nya. Dan sentiasalah mencari hidayahNya. Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah.

Wallahu a'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...