Friday, April 17, 2009

story of the day..

wah wah wah.. blog ini terasa seperti diariku la plak =))

Macam-macam perkara berlaku hari ni.. nak crita semua macam banyak sangat je..
Thus we go direct to the moral values..hehe..
Petang tadi, kami sebilik membuat lawatan ke Jaya One..
Berdepan dengan cfs iium..& yang paling best, semalam Cold Storage baru dibuka kat situ..
Nak dijadikan cerita, kami berempat masuklah ke dalam Cold Storage tu. Masuk2, terus ada orang bagi salam.. "assalamu'alaikum.."
Ingatkan orang tu nak bagi flyers ke, or salesman nak berakad ke.
Rupanya itu adalah salam suka-suki.. Salam orang muda mudi.Yang xda keja nak buat kot. Kami buat x endah. Jawab dalam hati. Pastu kami berempat masuk & cari barang2 makan orang bujang.
Yang hairannya, mana2 kami pergi, SEMUA orang menoleh. Lelaki@perempuan, mamat@minah. Kawan cakap, "terasa macam miss world".
Memang, terasa macam artis. Kami terus mencari barang, tandah jak daknya ya (biarkan mereka). Bila dah bayar & get out of that weird place, kami pun borak2.
Fikir punya fikir, rewind2, baru kami perasan. Dalam Cold Storage tu, kami berempat je yang memakai baju kurung @ jubah + tudung. Patutlah orang tengok lain macam.
~the end~

Moral of the story:
1. Alhamdulillah, baju tradisional orang Melayu - baju kurung, (x termasuk baju kebaya) menutup aurat(labuh, x ketat). Mari memakai baju kurung kawan2!(pesanan penaja :))

2. Teringat pada hadis;
Sabda Rasulullah SAW,
"Islam itu permulaannya asing,dan nanti akan kembali menjadi asing
seperti permulaannya.Maka beruntunglah orang2 yang asing itu.(ghurabak)"
(riwayat Muslim)
- Bukan nak perasan, tapi memang sangat nampak keasingan Islam hari ini (~~)

3. Satu lagi maksud hadis;
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabatRA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka
tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan
mereka tidak pernah melihatmu?Baginda SAW menjawab, " Mereka itu
adalah Ikhwanku dan mereka bersama2ku.Beruntunglah mereka
yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka
yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah
melihatku (diulang3x)
(riwayat Muslim)
- Kita mengaku cintakan Rasulullah,tapi kenapa masih kita buat perkara yang baginda x suruh?

4.Berjimat-cermatlah dalam membeli-belah.( advices especially to the ladies out there including me)



Wallahua'lam..

Thursday, April 16, 2009

assignment!!

al-Hawas as the Source of Knowledge - will be my group's assignmet topic..
And i hv to google on smell and touch as source of knowledge..
penin2..
any idea my frens???
anyway,
i'm free 2morrow!!
yes2!
wan2 study 4 nex week exams n got 2 find more info to complete our assignment!!
plz pray 4 my success=))

Monday, April 13, 2009

penantian

Hidup ini penuh penantian. Setiap manusia menanti detik-detik bahagia,indah, dan kurang juga menanti detik terakhir di dalam kehidupan mereka. Manusia sebenarnya sedang berjalan dalam kehidupan. Setiap langkah manusia adalah ke arah Tuhannya. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Jom dengar saya berceloteh ckit..
Setiap saat kita akan berbuat sesuatu pekerjaan.
Tidur? makan? study? berangan?
X kisahla apa2 yang kta lakukan, yang pastinya, kita akan membuat salah satu daripada 2 pilihan jawapan.. BAIK atau BURUK
xde tengah2.Mesti salah satu.

Kita punya tangan.mata,kaki, tangan, dan lidah..
Pilihla nak buat yang mana satu, baik atau buruk.Pahala atau dosa.
Itu hak kita.
Dan hak kita juga,utk disoal di akhirat nanti, tentang masa muda, ke mana dihabiskan?
Harta, ilmu? Ke mana kita sumbangkan?
Kalau x habiskan masa untuk buat benda baik, dah tentu kita habiskan masa buat benda x baik..
Macam tu jgk dgn duit, klu x abiskan dgn bersedekah, abis ke mana? Mesti untuk beli benda2 best kan?? =))

Dahla2.. Lusa exam.. Nak study dlu. Terima kasih sudi baca, kawan2!

Wassalam..

Friday, April 10, 2009

UNGS..UIA..NIAT..IBADAH..

peace be upon you..


i'm now in my last sem in cfs iium..memang cepat masa berlalu..sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun diri ini berada di bumi petaling jaya..

back to the topic..

This sem, i' taking 3 subjects.. 18 contact hours (bolehla)
the subjects are:
1. UNGS 2030 - The islamic worldview
2. UNGS 2040 -Islam,Knowledge and Civilization
3. UNGS 2050 - Ethics and Fiqh in everyday Life

All these subjects are university required courses..
Ni lah specialnya UIA.. Semua orang WAJIB mengambil subjek agama walaupun bukan dari course Islamic Revealed Knowledge, Arabic Language or Syariah..

Semoga usaha UIA untuk melahirkan golongan profesional+ustaz/ah @ protaz menjadi kenyataan..amiinn..


Sebagai perkongsian pengalaman,
diri ini pernah berada di sekolah rendah agama,sekolah menengah agama, dan Universiti ISLAM...
Tidak pernah diri ini menyangka sebegitu sekali Allah telah merencanakan perjalanan hidup ini.
Yang pastinya, setiap fasa dalam hidup ini memang tak lepas daripada pengalaman.
Baik manis, mahupun pahit.(masam,masin,semua ada=)))

Nak berkongsi sedikit pengalaman boleh??
Dulu di sekolah, matlamat utama=excellent in all tests and examsss

Bila masuk DQ, pandangan hidup,matlamat hidup berubah bit by bit..matlamat utama hidup setiap manusia di muka bumi ini, kerana satu sebab utama,

Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat,56;
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

Tapi bagaimanakah kita hendak mempraktikkan ayat ini dalam kehidupan seharian kita?
"takkan nak duduk atas sejadah 24 jam kot?"
@
"aku busy dengan kuliah, assignment, kuiz, bla bla bla..camne nak mengabdikan diri ni?"
@
"plizz, aku takde masa nak fikir benda lainla..kerja aku bertimbun kat ofis tuu"
@
"nanti dah tua aku beribadahla..sekarang masa nak cari duit, enjoy"
...dan macam-macam alasan kan??

Hidup kita penuh dengan perkara duniawi.. Benarkah begitu??
Jawapannya iya, jika setiap perkara yang kita lakukan, niat kita kerana dunia. Contohnya,seorang pelajar belajar bersungguh semata-mata nak dapat biasiswa, ataupun nak mempunyai kerja yang berpendapatan tetap.fullstop.

Seorang yang mengabdikan dirinya kepada Allah, akan 'switch' atau bagi sedikit tambahan pada niat itu, contohnya, seorang pelajar belajar bersungguh KERANA nak dapat biasiswa(boleh ringankan beban mak ayah, boleh jadi anak yang disayangi, dan diredhai Allah+nak gunakan ilmu untuk menyebarkan syiar Islam),
ataupun nak mempunyai kerja yang berpendapatan tetap(untuk menyara anak isteri, & bagi kat mak ayah, kerana semua itu adalah suruhan Allah)

Dan sesungguhnya,niat itulah yang memainkan peranan yang menentukan sama ada hidup ini adalah untuk makan, ataupun kerana mengabdikan diri kepada Allah.

Ramai orang salah faham, bahawa beribadah hanyalah solat, puasa, membaca Quran, zikir, haji dan semua perkara yang sewaktu dengannya. Kalau begitu, sehari kita beribadah 1 atau 2 jam je la??(solat 5 waktu <>sejam,mengaji=20 minit,etc)
Ke mana perginya 22 jam lagi??

Sahabat, tukarlah pandangan hidup kita, bahawa suruhan Allah dalam ayat 56 surah Az-Zariyat adalah 'applicable dalam semua perkara. Nak mandi, niat kerana nak bersihkan diri supaya dapat beribadah dengan selesa. Kita makan sebab nak tubuh badan yang sihat, baru boleh beribadah.Nak tidur, niat supaya badan segar untuk bekerja, hanya kerana Allah.
Barulah hidup kita seharian berpaksikan ibadah kepada Allah.

Wah, sudah puas saya mencoret hari ini..
Semoga hati ini thabat untuk terus beribadah di atas ardhullah ini..

Sebagai perkogsian,

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah salah satu syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

RENUNGILAH, AMALKANLAH…



sekian, wassalam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...