Friday, April 10, 2009

UNGS..UIA..NIAT..IBADAH..

peace be upon you..


i'm now in my last sem in cfs iium..memang cepat masa berlalu..sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun diri ini berada di bumi petaling jaya..

back to the topic..

This sem, i' taking 3 subjects.. 18 contact hours (bolehla)
the subjects are:
1. UNGS 2030 - The islamic worldview
2. UNGS 2040 -Islam,Knowledge and Civilization
3. UNGS 2050 - Ethics and Fiqh in everyday Life

All these subjects are university required courses..
Ni lah specialnya UIA.. Semua orang WAJIB mengambil subjek agama walaupun bukan dari course Islamic Revealed Knowledge, Arabic Language or Syariah..

Semoga usaha UIA untuk melahirkan golongan profesional+ustaz/ah @ protaz menjadi kenyataan..amiinn..


Sebagai perkongsian pengalaman,
diri ini pernah berada di sekolah rendah agama,sekolah menengah agama, dan Universiti ISLAM...
Tidak pernah diri ini menyangka sebegitu sekali Allah telah merencanakan perjalanan hidup ini.
Yang pastinya, setiap fasa dalam hidup ini memang tak lepas daripada pengalaman.
Baik manis, mahupun pahit.(masam,masin,semua ada=)))

Nak berkongsi sedikit pengalaman boleh??
Dulu di sekolah, matlamat utama=excellent in all tests and examsss

Bila masuk DQ, pandangan hidup,matlamat hidup berubah bit by bit..matlamat utama hidup setiap manusia di muka bumi ini, kerana satu sebab utama,

Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat,56;
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

Tapi bagaimanakah kita hendak mempraktikkan ayat ini dalam kehidupan seharian kita?
"takkan nak duduk atas sejadah 24 jam kot?"
@
"aku busy dengan kuliah, assignment, kuiz, bla bla bla..camne nak mengabdikan diri ni?"
@
"plizz, aku takde masa nak fikir benda lainla..kerja aku bertimbun kat ofis tuu"
@
"nanti dah tua aku beribadahla..sekarang masa nak cari duit, enjoy"
...dan macam-macam alasan kan??

Hidup kita penuh dengan perkara duniawi.. Benarkah begitu??
Jawapannya iya, jika setiap perkara yang kita lakukan, niat kita kerana dunia. Contohnya,seorang pelajar belajar bersungguh semata-mata nak dapat biasiswa, ataupun nak mempunyai kerja yang berpendapatan tetap.fullstop.

Seorang yang mengabdikan dirinya kepada Allah, akan 'switch' atau bagi sedikit tambahan pada niat itu, contohnya, seorang pelajar belajar bersungguh KERANA nak dapat biasiswa(boleh ringankan beban mak ayah, boleh jadi anak yang disayangi, dan diredhai Allah+nak gunakan ilmu untuk menyebarkan syiar Islam),
ataupun nak mempunyai kerja yang berpendapatan tetap(untuk menyara anak isteri, & bagi kat mak ayah, kerana semua itu adalah suruhan Allah)

Dan sesungguhnya,niat itulah yang memainkan peranan yang menentukan sama ada hidup ini adalah untuk makan, ataupun kerana mengabdikan diri kepada Allah.

Ramai orang salah faham, bahawa beribadah hanyalah solat, puasa, membaca Quran, zikir, haji dan semua perkara yang sewaktu dengannya. Kalau begitu, sehari kita beribadah 1 atau 2 jam je la??(solat 5 waktu <>sejam,mengaji=20 minit,etc)
Ke mana perginya 22 jam lagi??

Sahabat, tukarlah pandangan hidup kita, bahawa suruhan Allah dalam ayat 56 surah Az-Zariyat adalah 'applicable dalam semua perkara. Nak mandi, niat kerana nak bersihkan diri supaya dapat beribadah dengan selesa. Kita makan sebab nak tubuh badan yang sihat, baru boleh beribadah.Nak tidur, niat supaya badan segar untuk bekerja, hanya kerana Allah.
Barulah hidup kita seharian berpaksikan ibadah kepada Allah.

Wah, sudah puas saya mencoret hari ini..
Semoga hati ini thabat untuk terus beribadah di atas ardhullah ini..

Sebagai perkogsian,

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah salah satu syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

RENUNGILAH, AMALKANLAH…



sekian, wassalam..




2 comments:

Miss Ishak said...

Adik, I hope we will continuously thabat to go through this piece of life. UNGS-pelik bunyinya.
Hopefully UIA mampu lahirkan insan yang MAMPU dan MAHU.
Bukan sekadar taman atau galeri ilmu, tapi jugak taman kehidupan.
~Grab Hidayah whenever it comes!Sebabnya; Adakah Allah akan offer hidayah yang sama lain kali? ~

--Tengah mendengar pesanan umi ni buat bakal cucu2nya--

little khalifah said...

ungs tu course code la..memg pelik bunyinya. ktorg pggil unggas.senang nk sebut=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...